in

“Berbulan diabai bekas isteri, hati dah tertutup” – Aidid Mengaku Nikahi Serina Ketika Masih Bergelar Suami Orang

Ft Aididserina

Hangat diperkatakan tentang pernikahan Serina Redzuawan bersama seorang pegawai polis dikenali sebagai Meor Muhammad Aidid Meor Jamaluddin. Lebih menjadi hangat apabila bekas isteri Aidid, Nur Hamizah Shaffee mendedahkan bahawa mereka masih mempunyai ikatan suami isteri ketika pasangan pengantin baru itu mendirikan rumah tangga.

Serina5

 

Mengaku nikah Februari lepas

Bagaimanapun, Aidid akhirnya tampil membuka mulut dan menurut mStar, dia menafikan anak Chef Wan itu menjadi punca penceraiannya dengan bekas isteri. Katanya lagi, perkahwinannya sudah lama retak dan sudah tawar hati dengan bekas isteri.

Hubungan saya dan dia (Nur Hamizah) sudah bertahun lama bermasalah dan hambar. Hati saya sudah lama tertutup untuknya. Saya bernikah dengan Serina pada bulan Februari lalu.”

Kami hanya bercerai secara sah pada 9 Mac lalu. Kini hanya Serina isteri saya, tidak timbul lagi kisah atau perihal bermadu.”

Serina2

 

Sudah berbulan-bulan diabai bekas isteri

Aidid berkata dia sedia memberi kerjasama dengan pihak polis berhubung dakwaan berkahwin kali kedua tanpa kebenaran. Namun, dia kecewa dengan bekas isterinya itu kerana mendakwa hubungan mereka tiada masalah, sedangkan dia terabai berbulan-bulan.

Kami menjalinkan hubungan rumah tangga secara jarak jauh atas tuntutan kerja. Namun itu bukan alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab.”

Selain rumah tangga bermasalah, perkahwinan saya dan dia juga ada campur tangan keluarganya. Hati suami mana yang boleh tahan sabar apabila isteri tidak menghormatinya.”

Balik jenguk saya pun susah. Berbulan-bulan saya terbiar tanpa dipedulikan perasaan dan kebajikan diri. Makan pakai saya pun tak terjaga. Ibu bapa dan kawan saya jadi saksi hidup ini macam orang bujang.”

Serina1

Aidid dan Hamizah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2015 dan tidak dikurniakan cahaya mata. Serina sebelum ini pernah berkahwin pada 1 Januari 2010 dengan Gavin Edward O’Luanaigh namun bercerai pada 1 Ogos 2017.

Baca: “Kalau tidak meminta kebenaran, kita akan ambil tindakan tatatertib” – JIPS Siasat Kesahihan Pernikahan Serina Redzuawan

Polis 1