in

“Berani 1 by 1 boss” – Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh, Caprice Dikawal Ketat 24 Jam

Caprice Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh

Melalui Instagram peribadinya, penyanyi rap kontroversi Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli mendedahkan bahawa dia telah menerima lebih 60 ugutan bunuh daripada netizen di media sosial. Beberapa individu tidak dikenalinya menghantar direct message (DM) untuk berjumpa dengannya dan akui berniat mahu mencederakan Caprice.

Salah satu komen yang dimuat naik olehnya di Instagram berbunyi,

Lepas ni jaga-jaga Cap. Jangan cuba-cuba nak sampai Penang. Takut tak jumpa jalan balik. Nasihat ja.”

Image From Ios 6

 

Dah terima ugutan bunuh sejak 2 bulan lepas

Caprice juga turut mendedahkan akaun-akaun Instagram yang berani mengugut dan mahu ‘face to face’ dengannya kerana tidak berpuas hati disebabkan beberapa kontroversi yang viral sebelum ini.

Beberapa individu ini mengajaknya berjumpa seolah-olah ada ‘masalah’ yang perlu diselesaikan antara Caprice dan mereka. Malah, menurut Caprice lagi, dia sudah terima ugutan bunuh sejak 2 bulan lepas di mana ada yang berkata mahu jumpa di pejabat, di pagar (rumah) dan terbaru, dia diugut untuk tidak datang ke Pulau Pinang.

Image From Ios 3

Image From Ios 2

 

Dikawal ketat 24/7 sejak tiba di KL

Menurut laporan, Caprice kini diletakkan di bawah kawalan keselamatan cukup ketat sejak tiba di Kuala Lumpur disebabkan ugutan-ugutan yang diterimanya itu.

Dalam masa dua bulan ini, saya terima lebih 60 ugutan bunuh sebenar, nak jumpa depan pagar, nak turun pejabat, ajak jumpa, ugut jangan sampai Pulau Pinang dan bermacam-macam lagi.”

Saya diletakkan di bawah kawalan keselamatan, selama 24 jam, tujuh hari seminggu sejak sampai Kuala Lumpur.”

Image From Ios 5

Image From Ios 4

Dia juga turut memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang bagi menyelesaikan dan menamatkan segala ugutan diterimanya. Bagaimanapun, buat masa sekarang dia perlu menghabiskan tempoh kuarantin yang sedang dijalaninya selepas pulang dari luar negara.

Baca: “Dari jauh nampak berani sotong” – [VIDEO] Sharnaaz Pakai Filter Pak Arab Masa Live, Ini Respon Caprice

Ft Sharnaaz Ajak Caprice Jumpa

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram