in

“Benda tak akan jadi tanpa sebab” – Ejen Takaful Jelaskan, Kenapa Ada Insurans Tak Approve Masa Kecemasan

Ft Ejen Insurans Jawab Viral Tik Tok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu kes dimana seorang wanita meluahkan rasa terkilan dengan pihak insurans kerana tidak dapat sebarang pengesahan saat anaknya dikejarkan ke dalam wad kecemasan.


Disebabkan perkara tersebut, ia membuatkan salah seorang ejen takaful, Adzren Adnan terpanggil untuk tampil memberi respon berkenaan dengan situasi-situasi sebegini.

 

Akan ada sebab yang boleh dijelaskan

Menurut Adzren, tujuan dia membuat teguran secara terbuka ini adalah kerana melihat tingkah laku segelintir netizen yang suka menuding jari ke arah ejen-ejen sepertinya tanpa melakukan kaji selidik.

Oleh itu, Adzren berpesan kepada warganet yang ingin tularkan sesuatu perkara mengenai bab takaful itu perlu kaji dalam 2 aspek, iaitu :

  • Sebab kenapa isu boleh wujud

Kata Adzren dalam satu hantaran di Facebook, pasti akan ada sebab, tugas ejen hanya memberi konsultasi dan pemudah cara.

Segala proses dan urusan mengenai hal-hal takaful ini akan ada pihak lain yang mengendalikannya.

“Segalanya bersistem dan melibatkan duit jutaan manusia. Takkan nak buat macam beli beras di kedai runcit? Pakai kalkulator, tekan, bayar, pulang baki. Tak boleh.”

“Apabila lambat lulus, tak lulus, tak cover, exclusion, naik harga, segala benda yang netizen TAK SUKA, akan ada sebab yang boleh dijelaskan. Siapa yang boleh jelaskan? EJEN TAKAFUL. “

Oleh itu, ini penjelasan Adzren buat mereka yang suka melenting dan terus viralkan di media sosial.

“Kalau ada masalah, mesti ada punca. Bayangkan, dah puas melenting, penjelasan tak nak dengar, tiba-tiba:”

“Rupanya tak lulus sebab sakit yang ada dulu tak pernah declare. Rupanya medical card bawah 120 hari. Rupanya medical card tak habis contestable period lagi. Rupanya ambil pampasan je bukan medical card. Rupanya medical card dah lapsed. Banyak lagi sebab.”

Tambah Adzren, sebagai ejen pasti mereka akan bantu sebaik mungkin jika berlaku sebarang kesilapan ketika proses urusan daripada pihak syarikat.

Adzren juga kaitkan isu ini dengan kes tular yang berlaku di TikTok baru-baru ini kerana dirinya turut terkesan dengan tohmahan daripada netizen.

“Ada yang komen, “Ha, time promote bukan main, isu macam ni, jawablah”

“Eh? Video tu tak tunjuk langsung ambil plan apa, declare ke tak, hospital mana, coverage apa, medical card jenis apa, semua benda aku tak tahu.”

“Main tag siap perli suruh aku komen. Nak aku komen apa? Ingat aku bomoh ke nak teka-teka bagai? Ingat Takaful dekat Malaysia ada satu plan satu syarikat dipakai seluruh Malaysia? Halaahhh…”

Screenshot 2022 01 25 113344

Aspek kedua yang dalam pesan Adzren lagi adalah :

  • Kena adil & saksama

Pesan Adzren , jika ingin tularkan sesuatu yang buruk, tularkan juga sesuatu yang baik dalam takaful itu.

Boleh baca selanjutnya di sini….

TULAR TAPI TAK TAHU CERITA SEBENAR & MEDIA LANGSUNG TAK ADIL~Bismillah, moga baca dengan tenang tanpa…

Posted by Adzren Adnan on Saturday, January 22, 2022

Nasihatnya, tak nak ambil Takaful, tak payah ambil, mereka pun tak paksa, tapi jangan jadi penghasut, cukup diri sendiri tak ambil.

 

Baca : “RM 1,600 tiap bulan” – Wanita Kecewa Anak Sakit Tapi Doktor Tak Boleh Nak Rawat Sebab Insurans Lambat ‘Approve’

Anak Masuk Hospital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.