Bayi Umur 1 Tahun Dah Kena Batu Karang Sebab Ibu Pergi ‘Sumbat’ Pil Supplement Kepada Anaknya…Tak Ada Akal!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Disember lalu, ada seorang bayi perempuan berusia 22 bulan dari Guangzhou, China dikejarkan ke hospital selepas mendapati ada kesan darah pada urinnya

Selepas pemeriksaan melalui ultrasound, doktor terkejut ada sembilan batu karang di kedua buah pinggangnya dengan ukuran sebesar 2cm!

Bimbang kerana anak dilahirkan pra-matang

Sumber : WOB

World Of Buzz melaporkan bahawa  batu karang itu juga telah menghalang bahagian atas dan bawah ureter, yang menyebabkan hidronephrosis, dimana ia punca utama buah pinggang membengkak. Selain itu, buah pinggang bayi itu juga menunjukkan beberapa tanda abnormal.

Memandangkan umur yang masih mentah, doktor pelik dengan keadaannya , sampailah ibu dia ceritakan hal sebenar.

Rupa-rupanya, bayi itu dilahirkan pra-matang dan saiz badannya lebih kecil berbanding dengan bayi lain yang seumur dengannya.

Beli tablet, hancurkan , campur dengan susu..Tambahkan dos masa 10 bulan kerana risau gigi belum tumbuh

Sumber : WOB

Bimbang bahawa dia tidak akan mempunyai ketinggian yang ideal pada masa akan datang, ibu itu membeli beberapa tablet kalsium dan jadikan  serbuk sebelum mencampurkannya ke dalam susu. Difahamkan bahawa ibu telah menyusukan bayinya dengan cara ini sejak bayi berusia 10 hari!

Bukan tu je tau! Bila dah menjangkau 10 bulan bayi tu masih tidak mempunyai sebarang gigi, ibu berasa cemas dan rasakan anak perempuannya kurang kalsium.

Jadi, dia bagi lebih banyak makanan tambahan kalsium dan minyak ikan yang dia beli dari farmasi. Gila!

Telah selamat dibuang

Supplement yang tidak sesuai tu telah  membawa kepada pembentukan batu karang dalam badan bayi. Nasib baik, batu-batu itu telah dikeluarkan melalui pembedahan dan dia telah dilepaskan dari hospital. 

Doktor juga mengingatkan semua ibu bapa di luar sana untuk tidak memberi sebarang supplement kepada bayi mereka yang berusia bawah enam bulan dan susu ibu adalah formula terbaik untuk bayi.

Kalau nak pastikan apa yang terbaik untuk anak sekalipun, tak perlu lah buat andaian. Jika mahu berikan anak supplement sekalipun, haruslah dapatkan nasihat daripada pakar sebelum memberinya.

 

Baca : Bapa Tak Guna! ‘Sumbat’ Pil Dadah Methamphetamine Pada Anak Umur 6 Tahun Untuk Kegunaan Sendiri!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.