in

“Bayangkan jadi speaker dewan” – Netizen Terhibur Tengok Diva AA Ajuk Jadi Speaker Depan Datuk Azalina

Ft Diva Aa Ajuk Azalina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video daripada Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA ini telah menjadi perhatian netizen dan membuatkan ramai terhibur melihatnya.


Video itu memperlihatkan Diva AA ada ajuk Datuk Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang ketika menyandang jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

 

Bagi saya peluang buat kerja, kalau tak YB ganti saya”

Beberapa bulan lepas, viral di media sosial video kelakuan tegas  Datuk Azalina meminta ahli Parlimen pembangkang bertenang dan memberi laluan kepadanya untuk membuat ketetapan di Dewan Rakyat.

Video itu telah menjadi perhatian netizen apabila melihat ketegasannya dalam meredakan kekecohan dalam Dewan Rakyat yang kecoh pada waktu itu.

Boleh rujuk dekat video bawah ni antara yang dapat perhatian

Selepas hampir 2 bulan berlalu, ia kembali menjadi perhatian apabila Diva AA ajuk semula depan-depan tuan empunya badan.

Video ajukan Diva AA itu viral sejak semalam di TikTok dan meraih lebih daripada 200K tontonan dalam masa 20 jam ia dimuat naik.

 

Yang berhormat tolong duduk yang berhormat, baca dulu peraturan, berapa kali nak cakap, kau sekolah tak? – Diva AA

@arszliey

Berani ya Diva AA. Tp Datuk Azalina pun sporting. #fyp

♬ original sound – Az Liey – Az Liey

Ia membuatkan ramai netizen terhibur apabila melihatnya, untuk pengetahuan Datuk Azalina dan Azwan Ali dahulu merupakan rakan satu kolej ketika sedang menuntut pengajian di Universiti Malaya dahulu.

Apapun video ini hanyalah sekadar gurauan dan dilihat Datuk Azalina hanya tergelak apabila melihat ajukan Diva AA itu.

 

Bayangkan Diva AA jadi speaker – Netizen

Diva Aa Ajuk Azalina 5 Diva Aa Ajuk Azalina 4 Diva Aa Ajuk Azalina 3 Diva Aa Ajuk Azalina 2 Diva Aa Ajuk Azalina

Untuk rekod, Berita Harian melaporkan bahawa  Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, mengesahkan beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos lepas.

Beliau membuat keputusan itu atas beberapa alasan, susulan pelantikan Perdana Menteri baharu iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tuntutan rakyat yang kuat serta jelas bagi kerjasama pelbagai parti.

 

Baca : “Tolonglah ada dalam dewan sebab ia sangat penting” – Azalina Tegur Menteri & Timbalan Menteri Kewangan Tidak Hadir Perbahasan Belanjawan 2021

Zafrul Kena Tegur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.