in

Baru Masuk 2 Minggu, Kanak-Kanak 7 Tahun Koma & Masuk ICU Lepas Coach Judo Lempar Berulang Kali

Judo

Kira-kira jam 7 petang 21 April 2021 lepas, kanak-kanak berusia 7 tahun yang lebih dikenali sebagai Huang ada menghadiri satu kelas seni mempertahankan diri, Judo. Dia baru sahaja 2 minggu menyertai kelas tersebut dan baru 8 kali sesi.

Tapi diajar dengan cara yang boleh dikatakan terlalu intense, pakcik Huang yang menemaninya semasa kelas pun rasa lebih kurang yang sama apabila dia perhatikan Huang nampak loya-loya dan tak berapa nak sihat sepanjang sesi.

Coach tak ambil peduli, terus lempar Huang

Lempar

Pakciknya ada beritahu jurulatih itu tentang kebimbangan dia, tapi jurulatih tu tak mengendahkannya dan siap kata yang Huang mesti tak jaga makan sebelum masuk kelas ni.

Menurut Liberty Times Net, jurulatih itu dikatakan menyuruh pelajar senior dia untuk menggunakan kanak-kanak 7 tahun yang malang itu sebagai ‘bahan’ untuk lempar.

Selepas beberapa lemparan dibuat, jurulatih dengan tegas suruh Huang bangun dan jika dia tak bangun,jurulatih itu kata dia akan lemparkan sampai ke lantai.

Lempar2

Tanpa fikir panjang, jurulatih itu dilaporkan terus melakukan apa yang dia katakan tadi. Huang dilempar dalam 7 ke 8 kali ke lantai.

Huang terus tidak sedarkan diri, manakan tidak semasa dilempar oleh senior itu hampir 20 kali kanak-kanak 7 tahun dari Taiwan ini dilemparkan ditambah lagi dengan jurulatihnya, jadi keseluruhannya dilempar 27 kali!

Amaran : Video ini mungkin boleh menganggu, jadi siapa yang lemah semangat jangan tengok!

Tuduh pura-pura pengsan, padahal dah siap masuk ICU

Lempar3

Lepastu jurulatih bawa Huang kepada pakciknya, bila dilihat keadaan, Huang dah kelihatan pucat dan matanya ke atas. Apabila ditanya, jurulatih itu boleh jawab yang dia hanya pura-pura pengsan. Huang terus dikejarkan ke hospital selepas Huang menghubungi ambulans.

Sesampai Huang di hospital, doktor membuat rawatan kecemasan. Walaupun ianya berjalan dengan lancar, mereka mengatakan bahawa keadaan agak suram kerana jika Huang pulih, dia mungkin akan berada dalam keadaan vegetatif (satu gangguan ketidaksedaran dimana pesakit dengan kerosakan otak yang teruk berada dalam keadaan separa sedar, menurut sumber.)

Doktor juga ada menjumpai beberapa kesan lebam dan mengatakan bahawa kecederaan itu serupa dengan kemalangan kereta. Budak lelaki itu kini berada di ICU.

 

Baca : Wanita Ini Alami Penyakit ‘Rare’, Akan Pengsan Jika Lihat Lelaki Kacak

Wanita

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook