in

Baru First Day Kerja, Pelajar Universiti Maut Jatuh Dari Belon Udara Panas

Feat Belon Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi pelajar universiti, semestinya ada yang melakukan kerja ‘part-time’ untuk mencari duit poket atau pengalaman.


Begitu juga dengan seorang pelajar universiti di China ini yang bekerja sambilan sebagai seorang pengendali belon udara panas.

Namun, kegembiraan pelajar ini semasa hari pertama bekerja bertukar tragedi apabila dia meninggal dunia setelah terjatuh dari belon udara panas yang dikendalikannya.

Menurut sumber, kejadian ini berlaku pada 2 Oktober lepas di Yuoyi Manor, dekat bandar Zhuzhou, China.

 

Belon udara panas terbang secara tiba-tiba

Menurut saksi, mangsa dikatakan telah bergayut pada bakul selepas belon udara panas itu terbang secara tiba-tiba.

Mangsa berpaut pada bakul belon tersebut ketika belon itu naik ke udara secara tiba-tiba

Dalam rakaman insiden yang tular itu, mangsa dilihat bergelut di udara. Mangsa juga dilihat berjaya bertahan dan bergayut pada tali belon udara panas ketika rakan-rakannya cuba untuk menurunkan belon tersebut.

Feat Belon 1

Feat Belon 3

Feat Belon 2

Namun, pelajar lelaki tersebut hanya dapat bertahan buat seketika sebelum dia terlepas pegangan pada tali berkenaan sebelum jatuh terhempas pada ketinggian 30 kaki!

30 kaki bersamaan dengan 9 meter. Tinggi tu!

Beberapa rakannya termasuk pengunjung berlari untuk menyelamatkannya, namun gagal.

Pasukan perubatan yang tiba selepas seminit mangsa terhempas mengumumkan mangsa telah meninggal dunia selepas usaha menyelamatkan gagal.

 

Hari pertama bekerja sambilan

Menurut jurucakap Lexiang Aviation Sports Club, mangsa merupakan seorang pelajar universiti yang baru memulakan kerja secara sambilan dengan syarikat itu dengan bayaran sebanyak 120 yuan (RM74.13) sehari.

Disebabkan syarikatnya kekurangan pengendali belon udara panas disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda, mereka terpaksa mencari pekerja sambilan.

Pelajar berkenaan juga dikatakan telah diberikan latihan selama berjam-jam sebelum mengendalikan belon udara panas tersebut.

Namun, mangsa dipercayai tidak mengikut kaedah yang telah ditetapkan dan hal ini menjurus kepada berlakunya kemalangan tersebut.

 

Tak perasan belon terbang

Belon 1

Menurut syarikat itu lagi, pengendali yang lain juga tidak menyedari perkara itu berlaku dan hanya diketahui apabila diberitahu oleh pengunjung di kawasan tersebut.

Kejadian tersebut telah dilaporkan kepada keluarga mangsa. Syarikat itu juga berjanji untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam melakukan siasatan.

Malang tidak berbau. Takziah untuk ahli keluarga mangsa.

Baca: “Macam mana boleh terbang tinggi sangat?” Ibu  Anak Kecil Mati Terhempas Lepas Belon Udara Panas Meletup Tiba-tiba

Baca Belon

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.