in

“Bantal yang MENJIJIKKAN!” – Lelaki Tak Puas Hati Layanan Kepada Student IPT Yang Baru Sampai Tak Sama Dengan Orang Biasa

Combine Ipt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sedia maklum student yang terkandas semasa PKP dah boleh ke kampung halaman masing-masing. Confirm ini khabar yang gembira buat mereka dan ibubapa student  tu. Namun, terdapat beberapa prosedur yang perlu dilalui oleh student untuk sampai ke destinasi masing-masing terutamanya yang pergi ke Sabah dan Sarawak dengan menaiki flight. 


Satu perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pemuda di Facebook, dimana anak saudaranya yang merupakan student ipt yang belajar di Semenanjung baru tiba di Sabah. Pemuda ini bengang dan tak puas hati dengan layanan yang diberikan kepada anak saudarnya tu.

Facebook1

Difahamkan anak saudaranya yang patut tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 5.40 petang dan family dah siap tunggu di balai ketibaaan.

Namun, mereka terpaksa tunggu sampai jam 10 malam dan student siap diasingkan dengan penumpang lain sebab dikatakan akan ada saringan kesihatan dilakukan.

Tapi sebenarnya takde, malah student kena tunggu sampai jam 1 pagi sebab mereka direct dihantar ke pusat kuarantin asrama bomba.

Kesian ibu bapa yang dah tunggu dari waktu berbuka.

Malangnya, penempatan pusat kuarantin yang disediakan sangatlah mengecewakan dengan keadaan bantal yang kotor dan menjijikkan, fasiliti di dalam bilik tak berfungsi dan keadaan katil yang rapat.

Fb1

Fb2

“Ada 3 bilik tapi hanya 1 bilik sahaja boleh digunakan!! 2 bilik lain sebab kipas rosak dan bunyi kipas yang bising. Mereka (pelajar IPT) ambil keputusan tidur di ruang tamu!!!”

Pemuda ini juga mempertikai kenapa penumpang lain yang bukan daripada student ipt dibenarkan pulang terus ke rumah tapi student kena kuarantin?

“Untuk pengetahuan, anak buah saya memang pelajar IPT tetapi dia BUKAN TINGGAL DI ASRAMA!!! Menyewa rumah sendiri. Apa beza dengan penumpang-penumpang lain yang tanpa kuarantin dalam flight”

Facebook2

Fb3

Dia mengatakan sistem KKM Sabah berat sebelah kerana membiarkan orang biasa terus pulang ke rumah tanpa menjalankan sesi kuarantin sama macam student IPT.

Flight pada hari semalam (29 April 2020) dikatakan tidak begini, alasan yang diberikan sebab arahan baru.

Pemuda ini akan membuat kepada pihak berwajib tidak menyelesaikan hal ini dengan pantas dan teratur.

Hopefully, perkara ini dapat settle cara baik dan tidak menimbulkan salah faham kedua belah pihak. 

Baca : “Kotor! Binatang pun tak muat duduk dalam ni! “- Individu ‘Diva’ Hina Pusat Kuarantin Sebab Kena Share Bilik & Dan Bilik Mandi 

Kotor

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.