“Baby dia nangis, dia senyum je bagi susu”- Kisah Bapa Penyayang Bawa Anak Buat Pemeriksaan Kesihatan Ini Pasti Buat Korang Menangis.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Lazimnya tugas membawa anak kecil untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh si ibu, namun kadangkala kelibat si bapa juga kelihatan tapi tidak lebih untuk menemani si isteri.

Namun perkongsian wanita ini di facebooknya, Ayu Narisyah benar-benar membuka mata banyak pihak bahawa golongan bapa juga mampu untuk membawa anak kecil masing-masing melakukan pemeriksaan kesihatan seorang diri tanpa bantuan isteri..go father go!

Si bapa bawa bayi 3 bulan buat pemeriksaan kesihatan, nak guna penimbang tapi tak tahu namun tetap berusaha dan tak malu bertanya

Biasanya si bapa ni mesti malu lagi-lagi nak bertanya kepada kaum ibu berkenaan bayi mereka. Kalau ikutkan kerja seperti ini biasanya dilakukan oleh si isteri, tapi bagaimana kalau si bapa yang terpaksa melakukannya? Mau haru jadinya kan?

Namun lelaki ini berbeza, malah dia nampak sabar dan tetap tersenyum menguruskan bayinya seorang diri…salute!

Sumber : Facebook

Dalam hati aku, allahu penyabarnya lelaki ni, bukan semua lelaki boleh sabar uruskan anak kecil sorang2 selain seorang ibu

Hakikatnya memang susah nak dapatkan lelaki macam lelaki ini yang masih boleh membawa anak melakukan pemeriksaan kesihatan, malah bijak mengawal dan melayan kerenah si kecil yang emosinya bagaikan bom jangka.

Ayu Narisyah sempat menyelitkan sedikit pesan buat si isteri dan para ibu yang mempunyai suami seperti ini supaya menjaganya dengan baik dan hormatilah dia selayaknya..betul tu, bukan senang nak jumpa kan?

Girlss kalau masih ada suami yang begini, hargailah, jagalah dan hormatilah. Tak semua isteri dapat suami macam ni.

So kepada suami diluar sana belajarlah daripada isteri bagaimana untuk menguruskan anak, bukan sahaja kita memudahkan kerja mereka malah kita sama-sama dapat mengecapi kebahagiaan dan cabaran hidup berumahtangga.

Baca : Tahniah dapat laki sweet Suami Sanggup Buat-buat Sesat Demi Nak Dengar Suara Isteri Dalam Apps Waze

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.