in

“Ayah kerja jauh untuk cari rezeki” – [VIDEO] Anak Hampir Tak Kenal Ayah Sebab PJJ

ft anak hampir tak kenal ayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam mencari rezeki, ada yang sampai terpaksa merantau ke negara lain demi menyara keluarga. Lebih menyedihkan lagi, apabila terpaksa meninggalkan pasangan dan cahaya mata yang masih lagi kecil.

Seperti dalam satu video yang sedang viral di TikTok ini, seorang anak hampir tidak kenal dengan ayahnya disebabkan ibu bapa anak kecil ini menjalani perhubungan jarak jauh atau PJJ.


“PJJ ni sakit bila ada anak kecil, sabar ya sayang ayah kerja jauh untuk cari rezeki.”

Dalam video yang berdurasi 56 saat itu, dilihat si ibu dan anak sedang menunggu si ayah di lapangan terbang.

Namun apabila si anak ternampak ayahnya, dia jadi terpinga-pinga tidak mengenali siapa lelaki itu. Dalam tempoh 2 hari ia dimuat naik, video ini telah meraih 966K jumlah tontonan.

@ummu4shrt

??✈️?? #pjj #ldr

♬ Sumpah Cinta Matiku Cover Nashrin – Nashrin

Menurut pemilik video Mader Hana, suaminya ini bekerja di Indonesia sementara dia dan anak-anak pula tinggal di Malaysia.

Meskipun mereka PJJ, pasangan ini dan anak-anak mereka sering berhubung menerusi panggilan video dan apabila suaminya pulang, lelaki itu akan banyak menghabiskan masa bersama anak mereka.

@ummu4shrt

May ayah sentiasa dalam LindunganNya ??✈️?? #pjj

♬ my mood – away

Video yang tular ini mendapat pelbagai respon netizen yang berkongsi pengalaman ini yang sama dirasai mereka sebagai seorang anak kerana pernah berada di situasi serupa semasa kecil.

Seorang pengguna Twitter @AmeeRamly juga berkata, ayahnya dulu ‘kerja kapal’ dan ia membuatkan dia jarang berhubung dengan ayahnya sehingga dia berumur 3 tahun. Pada mulanya dia sangkakan ayahnya yang berada di depan rumah itu adalah orang yang tidak dikenali dan memberitahu ibunya mengenai hal itu.

Katanya lagi, sewaktu raya, dia sering kali beraya tanpa ayahnya dan sejak dari itu, ayahnya terlintas untuk berhenti kerja.

Berkorban untuk memberikan kesenangan buat keluarga, semoga si ayah ini sentiasa dimurahkan rezeki.

Baca : Wanita Bengang Ibu Bapa Biarkan Anak Buat Bising Di Restoran, Tak Hirau Pelanggan Lain

restoran macam tadika bising

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.