in

“Ayah aku pernah hulur RM100” – [VIDEO] Konon Minyak Motor Habis Di Stesen Petrol Padahal…

Ft Minta Simpati Stesen Petrol

Ramai rakyat Malaysia yang mudah bersimpati melihat orang yang kurang bernasib baik dan sudah semestinya ada yang sudi menghulurkan bantuan. Namun, ada segelintir pihak dilihat cuba ambil kesempatan.

Satu video viral memperlihatkan seorang lelaki dilihat seperti ‘tersadai’ di stesen petrol kerana motor yang ditunggangnya kehabisan minyak, ada pihak yang berhati mulia cuba memberikan bantuan.

 

Ayah aku pernah bagi RM 100″

Bagaimanapun, menurut seorang netizen di Twitter individu itu didakwa hanya berpura-pura, kejadian ini berlaku di sebuah stesen petrol di Inderapura,Kuantan.

Dikatakan, apabila ada orang melihatnya, pakcik itu akan membuat ‘muka kesian’ sampailah ada orang datang menghampirinya untuk memberikan wang.

Namun begitu, setelah dia beredar individu itu dikatakan akan datang balik, melakukan perkara yang sama.

Malah, individu yang kongsikan video ini menjelaskan bahawa ayahnya pernah memberikan RM 100 kepada individu tersebut, namun begitu dia di maklumkan jirannya bahawa individu itu sudah beberapa kali duduk disitu untuk minta simpati.

Video pertama dirakam pada bulan lepas, selepas hampir sebulan perakam ke lokasi itu dan  melihat bahawa individu tersebut masih ada disitu melakukan kegiatan yang sama.

Ia mengundang pelbagai reaksi netizen, walaubagaimanapun, ramai yang anggap kemungkinan pakcik tersebut dianiaya dan ada juga yang cuba fikir dari sudut positif, seandainya dia benar-benar susah mungkin wang itu telah membela nasibnya, namun seandainya dia memang benar-benar menipu itu adalah dirinya dengan tuhan.

Tak apa lah, kita sebagai pemberi kita dah buat yang terbaik dan melakukan amal sedekah.

 

Baca : “Siapa nak menipu lagi lepasni?” – Ahli Running Man Kirim Surat Sedih, Penerbit Menangis Shooting Episod Akhir Lee Kwang Soo

Fi Rmm