Tips Berhenti Kurangkan Merokok

Menurut statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setiap tahun negara kita mencatat 10,000 kematian disebabkan penyakit berkaitan secara langsung dengan tabiat merokok.

Menurut fakta, terdapat kira-kira 600 jenis bahan kandungan selain ribuan bahan kimia yang terdapat dalam sebatang rokok dan paling membimbangkan adalah sekurang-kurangnya 69 daripadanya diketahui sebagai punca utama penyebab kanser dan penyakit-penyakit lain.

Salah satu faktor mengapa perokok mula merokok adalah disebabkan kepuasan yang diperolehi daripada merokok (nikotin) itu sendiri dan sekiranya para perokok ini mahu berhenti, hanya diri mereka dan atas kehendak sendiri sahaja yang boleh membuatkan mereka berhenti.

Dilarang Merokok

Namun, ramai juga yang berkongsikan kisah dan pengalaman mereka yang berjaya berhenti dari tabiat yang memudaratkan ini dan kalau diperhatikan ada yang menggunakan pelbagai cara selain mengubah gaya hidup mereka.

Cuba korang baca kat bawah ni…

Facebook E1629952924273

Fb Berhenti Rokok 1

Selepas seminggu, rasa rokok biasa menjadi pelik” – Arif (bukan nama sebenar)

Menurut perkongsian Arif, selepas bertukar dan menggunakan produk pemanasan tembakau seperti IQOS, ianya menjadikan rasa rokok biasa pelik dan ‘tidak sedap’.

Secara tidak langsung, tabiat merokok mulai hilang perlahan-lahan dan akhirnya berjaya berhenti sepenuhnya dan bebas daripada merokok 100%.

Alternatif Rokok

Gunakan produk alternatif sebagai pengganti? 

Namun perlu dingatkan bahawa penggunaan vape atau produk pemanasan tembakau seperti IQOS ini hanyalah produk alternatif. Walaupun dua-duanya berbeza dari segi pembakaran dan sebagainya, sepatutnya mereka yang ingin berhenti merokok perlu mendapatkan rawatan di klinik dan mengubah cara pengambilan nikotin.

Selain itu pihak WHO juga ada keluarkan kenyataan bahawa pengurangan pendedahan kepada bahan kimia berbahaya dalam Produk Tembakau yang Dipanaskan (HTP) tersebut tidak menjadikannya tidak berbahaya, dan ia juga tidak mengurangkan risiko kesihatan manusia. 

Apa-apa cara pun, yang paling baik semestinya berhenti terus, betul tak?

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook