in

“Awak perlukan gf tak?” – Keluar TV Nak ‘Complain’ Pasal Pintu Bilik Air, Tapi Netizen Tak Tahan Dengan Kehenseman Lelaki Ni

Encem Kew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki berusia 22 tahun dari Ningbo, China baru-baru ini menjadi sensasi di internet selepas wajahnya terpapar di berita TV tempatan, Zheijang Television.


Menurut Nextshark, lelaki bernama Mr Zhang itu telah ditemu ramah oleh rancangan 1818 Huangjinyan untuk menceritakan tentang pintu gelas bilik mandinya pecah. Insiden yang berlaku pada 8 September lepas itu menyebabkan kedua-dua tangannya cedera hingga dia terpaksa menanggung bil perubatan yang tinggi.

Encem2

 

Buat aduan, nak pihak pengurusan apartmen bertanggungjawab

Berikut adalah cerita ringkas tentang apa yang berlaku kepada Zhang:

  • Masuk rancangan TV untuk cerita apa yang berlaku padanya akibat pintu kaca bilik mandinya pecah
  • Kedua-dua tangannya luka teruk dan dia terpaksa membayar bil perubatan sebanyak 8,000 Yuan (RM4,889.33) selepas diberi rawatan
  • Buat aduan dengan harapan pihak pengurusan apartmen bertanggungjawab terhadap kecederaan dialaminya itu

Encem1

 

Lain disampaikan, lain pula jadi perhatian

Selepas berita tentang detik cemasnya itu ditayangkan di rancangan televisyen terbabit, bukan insiden malang itu yang mendapat perhatian.

Sebaliknya, ramai netizen hanya fokus pada wajahnya semata-mata dan malah ada yang sampai tak ambil kisah pun pasal insiden dilaluinya.

Kemunculan Zhang di rancangan itu menarik perhatian ramai dan klip temu ramah tersebut mendapat sehingga 50 juta tontonan di media sosial Weibo hanya dalam tempoh 24 jam!

Kebanyakan komen di video tersebut adalah tentang pujian netizen terhadap wajah Zhang yang tampan. Antara komen netizen,

Bila nampak muka Mr Zhang, saya terus tak peduli pasal berita (insiden) itu.”

Saya rasa memang betul salah pihak pengurusan apartmen itu, tiada bantahan. Mr Zhang terlalu hensem, saya tak rasa dia menipu.”

Mr Zhang, adakah awak perlukan teman wanita?”

Encem4

 

“Saya tak sangka dapat perhatian satu negara”

Apabila mendapat tahu tentang itu, Zhang yang bekerja untuk sebuah kedai jenama atas talian berkata niatnya hanya untuk pastikan isu itu diselesaikan. Namun tidak menyangka, penampilannya di rancangan itu menarik perhatian rakyat seluruh negara China.

Saya rasa ianya keterlaluan (perhatian dari rakyat) kerana saya hanya mahu dapatkan hak saya. Tak sangka ini pula yang terjadi.”

Zhang memang beruntung kerana pihak pengurusan apartmen yang pada mulanya enggan bertanggungjawab dilaporkan telah bersetuju untuk membayar separuh daripada jumlah bil perubatannya.

Baca: “Memang sakit, aku dulu sampai nak termuntah”- Reaksi Lelaki Ini Kena Swab Test Curi Perhatian Netizen

Ft Covid 2

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.