Arkitek Bina Jongkang-Jongkit Di Sempadan AS-Mexico Supaya Kanak-Kanak Dapat Main Bersama

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Walls work, and walls save lives.”

Demikian kata seorang presiden negara kuasa besar dunia, yang cuba mewujudkan sentimen paranoid masyarakat dunia terhadap negara jirannya yang kaya budaya, terkenal dengan sos salsa dan irama La Bambanya.

Pembinaan tembok di sepanjang sempadan Amerika Syarikat-Mexico ini menyimpan seribu satu kisah duka.

Mangsanya adalah rakyat yang terkurung di sebalik tembok, yang dinafikan kebebasan untuk kemana-mana dan ditutup pintu peluang buat mereka dari segenap pelusuk — atas faktor sekuriti dan pilih bulu seorang lelaki bernama Donald Trump.

Trump’s wall jolokan tembok itu.

Cubalah Google nama-nama ini: Oscar Alberto Martinez Ramirez dan anak perempuannya Valencia. Tenunglah lama-lama dengan rasa sayu.

Kematian dua beranak ini akibat lemas ketika cuba menyeberangi sungai Rio Grande, jadi bukti krisis memuncak ini perlu ditangani penuh manusiawi.

Tapi malang beribu kali malang, kita bukan di utopia dan penanganan manusia migran secara manusiawi adalah mustahil sekali untuk diwujudkan di sebuah negara yang rakyatnya sering sahaja paranoid terhadap perkara aneh-aneh — baca: penaklukan zombi dan penculikan oleh makhluk asing.

Tak apalah, tak semua rakyat Amerika berpandangan serong terhadap migran. Mereka pun manusia, dan fitrah manusia adalah cinta dan suka kepada kebaikan.

Buktinya, The New York Times melaporkan dua profesor sekawan dari California membina permainan jongkang-jongkit berwarna merah jambu di antara tembok yang memisahkan dua negara ini — Teeter-Toller Wall namanya.

Permainan itu membolehkan kanak-kanak bahkan orang dewasa dari dua kawasan terpisah itu meluangkan masa untuk bermain bersama — dan pada masa sama, kekal berada dalam kawasan masing-masing.

Ia diletakkan di tengah-tengah sempadan antara Sundand Park di New Mexico dan Ciudad Jurez, Mexico.

Idea itu dikatakan mula tercetus pada 2009, dan 10 tahun kemudian ia menjadi kenyataan.

Ia turut menjadi simbolik kepada ketegangan yang berlaku di antara kedua-dua negara, iaitu sebarang tindakan yang diambil oleh satu pihak tentu akan memberi kesan kepada satu pihak lainnya.

Profesor Ronald Rael, salah seorang individu yang bertanggungjawab membina permainan itu menyifatkan ia sebagai satu pengalaman paling menakjubkan — kerana rekaannya itu berupaya membawa kepada penyatuan rakyat dua negara.

Untuk seketika, mereka akan melupakan ketegangan yang berlaku dan hanya menghabiskan masa untuk bermain dan berbual bersama.

Purely that. Dan humanity does exist after all, kan?

 

Baca: [VIDEO] Gempa Paling Kuat Dalam Tempih 20 Tahun, Saksikan Detik Rakaman Kejadian Sewaktu California ‘Bergegar’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.