“Apalah rupa kalau diorang colab…” – Raihan Kongsi Kisah Kena Prank Dengan Prince Charles Suruh Berkolaborasi Bersama Spice Girls!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Siapa tak kenal dengan kumpulan nasyid Raihan yang sangat famous pada zaman sekitar 90an ke 2000an dulu? Lagu-lagu ketuhanannya yang sangat tenang dan merdu di telinga itu telah menjadi siulan kita di masa kecil.

Bagi generasi sekarang yang tak berapa kenal dengan Raihan, korang tahu tak yang dorang ni sangat famous sampai pernah dijemput nyanyi untuk Queen Elizabeth di Edinburgh dulu?? Haa hebat kan! 

Sumber: HM

 

Raihan pernah kena prank dengan Prince Charles? 

Dengan pengalaman yang begitu banyak, pastinya ada banyak juga kisah-kisah menarik yang belum dikongsikan mereka kan?

Jadi baru-baru ni, viral di Twitter kisah Raihan yang pernah ‘kena prank’ dengan Prince Charles. Uish anak Ratu Elizabeth tu! Macam tak caya je… tengok video kat bawah. 

Menurut Che Amran Idris, semasa bertemu dengan Prince Charles tak lama dulu, putera raja ni pernahlah mengusik mereka untuk gandingkan dengan Spice Girls (kumpulan terkenal di Britain pada masa tu).

Err dengar je nama Spice Girls, mestilah kumpulan Raihan ni terkedu kejap kan. Boleh pulak kumpulan nasyid nak colab dengan kumpulan girls seksi-seksi. Hahaha!

Sumber: Junkee

Tapi part yang kena prank tu lah paling best, Alif Satar selaku hos vlog ni pun macam tak percaya je orang ternama macam tu siap nak berlawak lagi dengan Raihan ni. Bayangkan betapa famousnya dorang masa tu! Wah!

 

“Raihan pun tau lagu spice girlsss. Viva forever” 

Rata-rata netizen yang tengok video ni memang teruja habislah, plus ada yang tak dapat nak bayangkan sama ada ‘menjadi’ atau tak kolaborasi bersama Spice Girls tu kalau betul-betul mereka digandingkan.

Sumber: Twitter

Apa-apapun kalau korang nak tengok video full interview Alif Satar dengan kumpulan Raihan, tengoklah kat bawah ni. Pengubat rindu zaman kanak-kanak dulu-dulu.

Harap Raihan buat lagu baru lagi tahun ni ye!

Baca: “Amazing Subhanallah” – Terpukau Dengar Suara Alif Satar Dalam Versi Terbaru Lagu Sesungguhnya Dengan Raihan Ini

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!