in

Apa Itu Kempen ‘Ketuanan Pengundi’? Ini Perkara Yang Korang Perlu Tau

Ketuanana Image

Sempena hari demokrasi sedunia pada 15 September lalu, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah melancarkan sebuah kempen.

Menurut penjelasan gerakan berkenaan, tujuan utama kempen tersebut adalah untuk mengembalikan semula kuasa demokrasi kepada rakyat selain suara rakyat diutamakan berbanding perkara lain dan ianya akan dibawakan sehingga PRU15.

Difahamkan, terdapat 6 tuntutan yang telah disenaraikan sempena perlaksanaan kempen tersebut dan ini tuntutan yang dibuat oleh mereka :

Screenshot 6

Dinamakan sebagai ‘Ketuanan Pengundi’, kempen ini telah dirasmikan dalam sebuah majlis yang diadakan secara maya minggu lalu dan pada majlis perasmian tersebut turut diperincikan 6 tuntutan diatas selain pelancaran logo rasmi.

Difahamkan, 6 tuntutan ini merupakan pembaharuan yang ingin dibawakan dalam usaha memberikan kesaksamaan kepada semua pihak terlibat, seterusnya memperkasakan semula hak pengundi.

Sebagai penerangan ringkas, berikut adalah perkara-perkara yang disebutkan dalam tuntutan tersebut :

Artboard 4 100

Bersih 2.0 juga difahamkan akan menggunakan tanda isyarat tangan untuk nombor enam, bagi menunjukkan sokongan kepada tuntutan yang dibuat melalui kempen tersebut selain solidariti untuk mereka yang kelainan upaya.

Screenshot 3 E1631681156278

Selain itu, difahamkan bahawa kempen ini akan dijalankan melalui media sosial menggunakan “#KetuananPengundi” dan “#HidupDemokrasi” selain menggunakan isyarat nombor enam, iaitu ibu jari akan bersentuhan dengan jari kelingking.

“Bersih 2.0 akan adakan pertandingan mereka face mask dan t-shirt bulan hadapan”

Menurut pengerusi pergerakan berkenaan, Thomas Fann, satu pertandingan mereka bentuk pelitup muka dan baju turut akan diadakan dijangka awal atau pertengahan Oktober nanti, di mana ia akan diangkat sebagai reka bentuk rasmi untuk cenderahati.

Tambah Thomas lagi, selain kempen di media sosial turut akan diadakan siri roadshow ke seluruh negara dalam usaha mempromosikan kempen dan tuntutan-tuntutan ini secara lebih meluas.

Artikel ini ditulis atas kerjasama dengan Bersih untuk memperkasakan kuasa rakyat sebagai pengundi.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook