in

Anak Degil Tidak Mahu Ke Sekolah, Ibu ‘Ugut’ Bawa Ke Balai Polis

cats 59

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara tidak mahu ke sekolah, seorang wanita membawa anaknya ke sebuah balai polis dipercayai di sebuah daerah di Sarawak, seolah-olah untuk ‘menyerahkannya’ kepada polis untuk ditahan ditahan.

Menerusi video berduasi selama dua minit tersebut, wanita tersebut dilihat memberhentikan kereta di hadapan balai polis. Seorang anggota polis turut dilihat berjalan ke arah kereta untuk ‘menangkap’ kanak-kanak yang enggan ke sekolah itu.


2 2 2

Lebih menghiburkan, anggota polis tersebut turut memainkan peranannya dengan ‘berlakon’ seolah-olah mahu menahan kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak itu pula hanya mampu menggelengkan kepala ketika disoal adakah dia mahu dibawa masuk ke balai polis.

“Mahu masuk sini? Nak pergi sekolah lagi tak?”, soal polis itu dengan nada yang sedikit tegas.

@abellascentzhq

Aydeen²…gara² ngai sekula viral ?

♬ original sound – ABELLA SCENTZ – ABELLA SCENTZ

Ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut sudahpun mencecah lebih sejuta jumlah tontonan.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terhibur dengan gelagat ibu serta anggota polis yang bekerjasama untuk memberi dorongan kepada kanak-kanak itu.

“Semua ibu bapa patut buat macam ni. Saya buat dekat anak saya, bagitau kalau dia buat salah saya akan panggil polis. Berkesan”, komen seorang warganet yang pernah menggunakan ‘ugutan’ sama kepada anak.

Semoga adik tersebut membesar menjadi anak yang baik. Syabas buat ibu serta anggota polis tersebut yang memainkan peranan yang baik dalam memberi dorongan kepada anak-anak kecil untuk terus ke sekolah.

Kredit: Harian Metro

BACA: Polis Tutup Pusat Sembelihan Kucing, 197 Si Bulus Berjaya Diselamatkan

cats 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.