“Anak dari neraka!” – Lelaki Kerat Mayat Ibu 1000 Bahagian Dan Simpan Dalam Tupperware

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bunuh dan kerat mayat ibu, lepas tu…

Ini kisah seorang anak derhaka dan pengakhiran tragis seorang ibu malang di Madrid, Sepanyol.

Semuanya terbongkar apabila polis melakukan serbuan di sebuah rumah, selepas terima laporan kehilangan mangsa selama lebih sebulan.

Lelaki yang dikenali sebagai Alberto Sanchez Gomez ni mengaku, dia bertanggungjawab melakukan semua kekejaman ke atas ibunya yang berusia 66 tahun di hadapan pihak berkuasa.

 

Simpan daging dalam bekas

Sewaktu serbuan dibuat, polis terkejut menemukan cebisan daging manusia yang disimpan dalam sekurang-kurangnya enam bekas Tupperware.

Polis syak, pembunuhan tu dah berlaku sebulan lamanya sebelum terbongkar.

Difahamkan, mayat mangsa dikerat kepada lebih 1000 bahagian — selain beberapa organ penting turut didapati hilang.

Lebih ngeri, polis jugak percaya Sanchez masak dulu mayat ibu dia sebelum jamah dan kongsi sikit bersama anjing peliharaannya. Erk!

 

Polis sahkan lelaki ni ada masalah mental

Ketika disiasat, polis mendapati Sanchez tak menunjukkan sebarang tanda kekesalan sewaktu dia membuat pengakuan mengejutkan tu — sebelum merumuskan dia berkemungkinan ada masalah kejiwaan.

Selain tu, Sanchez sebelum ini juga dilaporkan pernah beberapa kali ditahan polis atas kesalahan memukul ibunya.

Dia kini berada dalam tahanan dan bakal berdepan pendakwaan.

 

Baca: Issei Nagawa: Lelaki Kanibal Yang Merogol Mayat & Makan Organ Wanita Ini Masih Bebas Hingga Kini

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.