“Amporn tongku, boleh tau gam jenama apa tongku sesah hari2”- ‘Raja Muda Terengganu’ Hias Surau Bagai Istana Adakan Pertemuan Dengan Jin & Bunian

Masjid dan surau berperanan sebagai rumah ibadat bagi seluruh umat islam, selain digunakan untuk menunaikan solat, masjid dan surau turut dijadikan sebagai tempat untuk menyampaikan kuliah atau kelas agama.

Namun bagaimana sekiranya tempat suci tersebut dicemari dengan amalan khurafat dan syirik?

 

Jin tabal ‘Raja Muda Abdul Aziz’ 

Ini yang berlaku di Terengganu, apabila ada seorang pemuda berusia 34 tahun menjadikan surau di Taman Rimba Bukit Bauk, Dungun sebagai ‘markas’ bagi amalan khurafat yang diamalkannya.

Menurut sinarharian, pemuda yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Raja Muda Abdul Aziz’ itu dikatakan telah ‘menguasai’ surau itu selama enam bulan. Malah dikatakan dia sering mengadakan pertemuan bersama jin dan bunian yang mendiami kawasan berkenaan pada setiap malam.

Mesti korang tertanya-tanya kan, sebab apa dia pi jumpa jin dengan bunian setiap malam? Takde ghoje ke?

Menurut laporan, dia mengadakan perjumpan tersebut bertujuan bagi menyampaikan taklimat pengurusan dan pentadbiran kerajaan bayangannya..Hah! pulok.

Sofa dijadikan sebagai takhta, selain batu nisan dijadikan….

Lebih memeranjatkan apabila surau tersebut dijadikan sebagai istananya dan dihias dengan ‘benda-benda’ aneh. So disebabkan itu orang ramai tak berani untuk singgah solat di surau tersebut walaupun ia merupakan kawasan tumpuan riadah.

Bagaimanapun pemuda tersebut akhirnya ditahan pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun semalam kerana dipercayai mengamalkan ritual aneh yang meragukan.

Polis merampas sebatang kayu mimbar yang dibalut dengan kain kuning dan putih serta dua batu nisan”-Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superitendan Mohd Zohan Seman

Menurut polis, ketika serbuan mereka menemui sebuah sofa yang dijadikan sebagai takhtanya sebagai ‘Raja Muda’, payung tergantung, kitab dan beberapa barangan lain yang dipercayai digunakan untuk tujuan pemujaan..scary weh~

Laung ‘Daulat Tuanku’ beberapa kali masa dibawa keluar dari ‘istananya’

Selain itu, pemuda tersebut juga didapati menampal perkataan ‘Istana Raja Muda Abdul Aziz’ di dinding surau. Selepas di mendakwa baru sahaja ditabalkan sebagai Raja Muda, dua bulan lalu.

Paling best selepas polis jalankan pemeriksaan dan membawa pemuda itu keluar dari surau , pemuda itu bertindak melaungkan perkataan ‘Daulat Tuanku’ beberapa kali. Dah kenapa pulak nak laung macam tu kan?

Pemuda tersebut kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Daerah Dungun dan semua barangan dalam surau tersebut turut dirampas untuk siasatan lanjut.

Haish macam-macam lah, boleh pulak jin tabal jadi Raja Muda eh?

Baru : Ahmad Suradji aka The Black Magic Killer Dukun Bunuh  Minum Air Liur Mangsa Sebelum Tanam Di Ladang Tebu

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.