in

“Always deworm” – [VIDEO] Lelaki Ini Nasihatkan Netizen Pentingnya Makan Ubat Cacing

Lelaki Ini Nasihatkan Netizen Pentingnya Makan Ubat Cacing 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila agaknya kali terakhir korang makan ubat cacing? Mesti ramai yang ada pengalaman makan ubat cacing waktu kecil. Jangkitan cacing ni sebenarnya boleh menyerang sesiapa sahaja baik orang muda atau tua. Jadi, orang dewasa pun perlu amalkan pengambilan ubat cacing ini.

Kalau korang nak tahu, ada 3 jenis cacing yang menyerang manusia iaitu cacing kerawit, cacing gelang dan cacing rambu. Cara jangkitan cacing ni melalui telur cacing yang terdapat dalam najis dan menetas dalam tempoh 7 ke 8 hari.


Cacing boleh masuk badan kalau kita makan tanpa cuci tangan, jalan tak pakai kasut atau selipar serta sayur tak dibersihkan dan dimasak dengan sempurna. Baru-baru ni, seorang lelaki @Matnann ada memuatnaik satu video berkongsi tentang proses mengeluarkan cacing dalam usus.

zoo

 

Menerusi video tersebut yang mendapat lebih daripada 7,000 ulang ciapan, dapat dilihat yang doktor tengah keluarkan cacing dari usus manusia dalam kuantiti yang sangat banyak. Meremang bulu tengkuk min!

Jadi, lelaki ini ambik kesempatan dengan menasihati netizen supaya sentiasa makan ubat cacing. Menerusi ruangan captionnya, lelaki ini berkata yang ubat cacing sekarang ni akan bunuh cacing dalam perut sahaja dan bukan macam dulu-dulu di mana cacing akan keluar ikut mulut, hidung atau masa buang air besar.

Lelaki ini turut mencadangkan jenis ubat cacing yang boleh dibeli oleh netizen di farmasi. Selain itu, pemuda ini turut menambah yang netizen terutama ibu mengandung perlu consult dulu dengan doktor sebelum consume ubat cacing.

Menjengah ke ruangan komen Twitter, ramai yang setuju dan baru sedar tentang pentingnya pengambilan ubat cacing.

“Erm nak kena beli ubat cacing harini” – Komen netizen

“Makanlah ubat cacing ye” – Komen netizen

KOMEN CACING

Korang selalu tak makan ubat cacing ni? Ke tak pernah?

Baca: “Akibat Makan Makanan Mentah! Doktor Jumpa Cacing 3cm Dalam Tekak Wanita Lepas Makan Sashimi”

WORM

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.