in

“Aku hamil, dia ga mau tanggungjawab” – Tiba-Tiba Ex GF Mesej, Ingatkan Nak ‘Get Back’ Rupanya Minta Jadi Pak Sanggup

Ft Exhamil

Siapa tak terkejut kan kalau bekas kekasih tiba-tiba contact balik kan? Kalau setakat nak tanya khabar atau ada urusan kerja tu takpelah juga tapi ini mesej sebab ada sesuatu yang ‘tersirat’. Seperti yang dilalui lelaki Indonesia ini di mana menurutnya bekas teman wanita telah menghubunginya melalui mesej di Whatsapp.

Melalui TikTok, lelaki dikenali sebagai Ajoo itu menceritakan tentang apa yang baru dilaluinya bersama bekas kekasih. Kata Ajoo, wanita tersebut pada mulanya menghantar mesej dan mengaku merinduinya.

Kamu di mana? Kangen sih.”

Mesej3

Namun bekas teman wanitanya itu rupanya menghubungi Ajoo semula kerana mahu memintanya menjadi ‘pak sanggup’! Berdasarkan screenshot mesej ditunjukkan dalam TikTok Ajoo itu, wanita tersebut memberitahu yang dirinya sedang hamil anak luar nikah hasil hubungannya dengan teman lelakinya yang baru.

Bagaimanapun, lelaki tersebut dikatakan telah meninggalkannya dan enggan bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku. Dek kerana takut keluarganya tahu, bekas teman wanita Ajoo itu mengajaknya untuk bernikah.

Kamu mau ga nikahin aku? Mau ya tolongin aku kali ini?” 

Pregnant1

Wanita itu malah turut merayu agar Ajoo menolongnya menyelesaikan masalah dihadapinya ketika ini tetapi Ajoo tidak bersetuju dan enggan berkahwin dengan bekas kekasihnya itu kerana kehamilan tersebut berpunca daripada orang lain.

Cowo lu yg ngehamilin lu masa gw yg lu suruh nikahin lu.”

Mesej4

@a_j_o112

Cowo lu yg ngehamilin lu masa gw yg lu suruh nikahin lu?? #YourFaceChampion #ManisPedesNgegigit #Baren9anRaisa #fypシ #fypシ゚viral #fypdongggggggg

♬ Pamer Pacar Remix – Akuilham

 

Baca: “Selalu lelaki je kene mcm ni” – [VIDEO] Suami Lama Sangat Shopping, Isteri Penat Tunggu Terduduk Pegang Makanan

Fi Mall