in

“Aku dulu seksi juga tapi tak ada sampai…” – Lana Nodin Komen Isu Aliff Aziz

lana nodin aliff aziz

Nama Aliff Aziz kembali menjadi perhatian ramai selepas seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah kekasih gelap pelakon dan penyanyi itu sejak Januari 2024.

Bukan itu sahaja, wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine ini juga mendedahkan bukti mesej ‘kekasihnya’ bersama Ruhainies yang mahu menjatuhkan Bella Astillah.

Susulan kontroversi yang sedang hangat ketika ini, pelakon Lana Nodin telah meninggalkan komen mendakwa dirinya kesal dengan sikap segelintir wanita zaman sekarang.

Artikel berkaitan: “Terkejutnya saya melihat rancangan NRF” – Wanita Dakwa Skandal Aliff Aziz ‘Spill Tea’ Tentang Ruhainies?

Artikel berkaitan: Isu Kekasih Gelap Cium Pipi, Ibu Dakwa Bella Astillah Masih Tak Tahu Sebab Tengah Sibuk Buat Penggambaran

Menerusi ruangan komen di sebuah portal hiburan, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin berpendapat wanita zaman sekarang seolah-olah tiada rasa malu untuk mengakui mempunyai hubungan terlarang bersama suami orang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Women these day getting too cheap, mengaku girlfriend walaupun dah kena tangkap dengan perempuan lain. Walhal, ada bini lagi tu.

“Aku dulu pun seksi bagai juga tapi tak adalah sampai maruah diri nak kena korban pasal jantan macam ni.”

Dalam pada itu, Lana juga mengakui dirinya terkesan dengan isu panas pelakon lelaki itu walaupun dia ketika ini masih tidak sihat.

Dia menasihati kaum wanita di luar sana perlu bijak dan berhati-hati memilih pasangan hidup.

So not worth itWake up lah girls banyak lagi laki-laki elok untuk dijadikan suami atau partner hidup.

“Aku sakit kat hospital pun terkesan tengok statement macam ni kalau ada suami kaki s*ndal,” katanya.

Screenshot 2024 04 22 144403

Ramai artis dah bersuara pasal isu Aliff ni…

Sumber: Instagram