“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya” – Netizen Terkejut Tengok ‘Penyamaran’ Buaya Ini, Rupa-Rupanya..

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Betul kata-kata pujangga tu kalau kita ambil secara literal sekalipun. Buaya ni pandai menyelinap dalam air. Sekali kena ngap baru tahu dia ada dalam air tu

Menerusi Twitter @ashmolsushi, dia ada share satu video seram seekor buaya sedang gigit manusia! Ya betul, jelas dalam video tu nampak kaki mangsa. Nah korang cuba tengok sendiri.

SILA TONTON ATAS RISIKO SENDIRI

OMG! Kaki orang!

Ya betul, itu lah yang kita nampak. Memang betul itu adalah kaki manusia. Tapi serius mula-mula ingatkan ranting ke daun ke atau buaya dah pandai buat teknik penyamaran baru. Ni mesti buaya tu banyak tengok Crocodile Hunter

Iya! Kaki manusia. Berlaku dia Indonesia rupanya. Eh yang kau pegi snorkeling dekat sungai tu kenapa. Ish tak boleh gak cakap macam tu, dah ajal dia tertulis macam tu.

Itu lah. Kami pun ingat tu spesis baru yang ada mutation ke apa. Sekali memang kaki manusia weh. Bukan main-main tapi betul punya. Ini memang real!Prank manusia jadi buaya pun tak seperfect macam ni melainkan guna CGI. Baru dapat kesan khas yang buat nampak real tu.Kan. Kami pun ingat buaya dah pandai buat teknik penyamaran guna kayu. Sekali haa amik kau, dia dah baham orang dulu lepas tu buat jadi prop.

Buat korang yang suka mandi sungai tu beringat lah sama. Dekat sungai tu bukan tempat kita. Itu tempat ‘benda-benda’ tu dan Sang Bedal. Hati-hati ye.

Baca: “Elok kena ngap je” – Acah Berani Kacau Buaya Netizen Kecam Tindakan Lelaki Ni

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.