Ahmad Suradji aka ‘The Black Magic Killer’ : Dukun Bunuh & Minum Air Liur Mangsa Sebelum Tanam Di Ladang Tebu

**Sebelum korang baca artikel ini sampai habis, admin nak ingatkan yang artikel mengandungi sensitif-sensitif elemen yang mungkin sesetengah orang boleh terima dan mungkin juga tak..enjoy the story!

Sebelum ini Lobak Merah banyak menulis mengenai pembunuhan kejam yang dilakukan pembunuh di luar negara dengan memotong kepala mangsa, tembak, keluarkan organ, makan daging dan banyak lagi.

Artikel kali ini sedikit berbeza sebab admin nak cerita pasal pembunuh yang menggunakan ilmu hitam.

Ahmad Suradji aka The Black Magic Killer

Kisah ini mengenai seorang lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Suradji atau dipanggil sebagai ‘pembunuh ilmu hitam’ aka ‘The Black Magic Killer’. Tapi kenapa lelaki ini dipanggil sedemikian rupa?

Ini disebabkan, Ahmad Suradji ini melakukan kerja terkutuk dengan membunuh mangsanya semata-mata untuk mendapatkan kuasa spiritual level tertinggi dan kalau korang nak tau semua mangsa-mangsa dia dibunuh secara ritual..weh ingat dalam movie je ada macam ni.

Lelaki ini percaya kalau mangsa dibunuh menggunakan kaedah ritual, ia akan meningkatkan kebolehannya sebagai dukun.

 

By the way, Ahmad Suradji ini berasal dari Indonesia dan dilahirkan pada tahun 1949.

Di daerah tempat tinggalnya, dia mengaku kepada masyarakat setempat yang dia mempunyai keistimewaan luar biasa iaitu boleh mengubat dan menyembuh kan orang dari segala jenis penyakit dan mempunyai satu aura yang dipanggil “Dutak”.

**Actually Malaysia, Indonesia, Thailand masih lagi percaya dengan dukun/bomoh ni, katanya dorang boleh menyembuhkan penyakit dengan jampi atau mantera yang dibaca walaupun hakikatnya SYIRIK!

Dapat ‘perintah’ bunuh 70 wanita dari mimpi

Berbalik kepada Ahmad Suradji, dia ini dianggap dukun terkenal dan berpengaruh sebab kelebihan dia ‘merawat’ orang, contohnya dia boleh jadikan wanita awet muda, cantik jelita, beri ilmu pengasih, ilmu penunduk termasuk menjadikan seseorang itu kaya raya.

Mesti korang tertanya-tanya macam mana Ahmad Suradji ini boleh start bunuh orang?

Kisahnya sangat menarik sebab sebelum ni Ahmad Suradji ini dukun biasa je namun segalanya bermula lepas dia bermimpi bertemu dengan arwah ayahnya, dalam mimpi tersebut arwah ayahnya meminta dia membunuh 70 orang wanita untuk mendapat superpower dalam ilmu kedukunan.

**Jika Ahmad Suradji berjaya bunuh 70 wanita, dia akan jadi lebih kuat selain kuasa ilmu hitamnya akan lebih power.

Namun! Ahmad Suradji hanya sempat menangkap 42 orang sahaja sebelum kegiatannya terbongkar.

Mangsa datang sendiri kepada Ahmad Suradji seolah-olah ‘serah nyawa’

Tapi kan, kalau korang nak tau ramai mangsanya yang tidak dapat ditemui walaupun selepas dia ditangkap sehingga polis mohon orang ramai maklumkan kepada mereka sekiranya ada kehilangan ahli keluarga masing-masing.

Kan admin ada bagitau awal-awal yang Ahmad Suradji ini mempunyai ilmu hitam yang power, jadi rata-rata mangsanya yang terdiri daripada wanita, dia tak cari sebaliknya mereka datang sendiri kepada lelaki itu.

Ini kerana sebahagian besar daripada mangsanya datang sendiri kepadanya untuk meminta bantuan dia sama ada untuk cepat kaya, cantik mahupun digilai lelaki-lelaki..hurm lumrah manusia kan?

Malah wanita-wanita deperate ini sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh dukun itu asalkan apa yang dihajati mereka tercapai, walaupun apa yang perlu wanita itu lakukan kadangkala tak masuk akal.

Kalau lah dia tiada pelanggan, waktu itu baru dia akan keluar cari pelacur untuk dijadikan sebagai korban ritualnya..macam tu pulak?

Method pembunuhan kesemua mangsa adalah SAMA!

Bagaimana dia membunuh mangsa-mangsanya? Modus operandi yang digunakan keatas semua mangsanya adalah sama je.

Dia mula terlibat dengan kes pembunuhan pada tahun 1986 sehingga 1997. Dalam tempoh 11 tahun tersebut, dia telah membunuh sebanyak 42 orang wanita. Bagaimana dia melakukan pembunuhan?

Ahmad Suradji akan menanam semua mangsa ini sehingga paras pinggang dengan alasan untuk membuang sial dan mereka perlu berbogel ketika itu. Kemudian lepas je dia tanam, dia akan cekik mangsa-mangsa ini sehingga mati.

Dan kesemua mangsa ini akan ditanam menghadap rumahnya dengan alasan ia boleh menambah kuasa sihirnya sekiranya dia berbuat demikian.

Malah dia akan kebumikan semua mangsanya depan rumah (ladang tebu) supaya tenaga sihir aka ilmu hitamnya kekal dan kuat.

Sumber : Google

Ahmad Suradji minum liur mangsa sebagai ‘ubat kuat’

Korang ingat tak dalam artikel sebelum ini, ada serial killer yang bertindak meminum darah mangsanya, ada juga yang memakan organ mangsa seperti jantung, hati ataupun anggota badan.

Tapi Ahmad Suradji berbeza.

Dukun power ini dikatakan akan meminum air liur semua mangsanya sebab dikatakan cara tersebut boleh menjadikannya lebih kuat, tapi syaratnya air liur tersebut perlu diminum lepas mangsa tersebut dibunuh dengan jampi serapahnya.

Polis jumpa keris, tengkorak, kemenyan dan macam-macam lagi

 

Orang kata sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, pembunuhan yang dilakukan Ahmad Suradji sepanjang tahun 1986 hingga tahun 1997, akhirnya terkantoi, selepas jirannya menjumpai mayat dalam ladang tebu miliknya dan disahkan yang mayat tersebut merupakan pelanggan-pelanggannya, malah ada mayat yang dijumpai dalam keadaan reput.

Lepas sahaja kantoi, Ahmad Suradji pun ditangkap dan rumahnya digeledah, tapi apa yang polis jumpa merupakan sesuatu yang sangat mengejutkan…

Pihak polis menjumpai alatan ritual seperti keris, tengkorak, kemenyan dan pelbagai lagi barang2 mangsanya..bapak scary weh!

Kalau korang nak tau Ahmad Suradji ni ada tiga isteri. Kesemua isteri2nya disoal siasat. Tetapi hanya seorang isterinya, Tumini yang ditangkap dan dipenjarakan kerana dia merupakan pembantunya melakukan semua kerja-kerja pembunuhannya, dua yang lain tak tahu apapun.

Ahmad Suradji pun dibicarakan dan mahkamah membuat keputusan dia dijatuhi hukuman tembak di negara asalnya, Indonesia.

Ahmad Suradji sempat berubah dalami islam sebelum dihukum tembak

Tapi sebelum hukuman dijalankan, dia ada share something..

semua ilmu hitamnya adalah datang dari Tuhan, dia tak berkuasa, di berharap sangat yang dia boleh bebas dan diberi peluang bertaubat dan meneruskan kehidupan seperti manusia biasa.”

Tapi sebelum ditembak, Ahmad Suradji sempat berubah dan mendalami ajaran-ajaran islam.

Malah dia juga mengajak rakan-rakannya yang lain turut sama beribadat kepada Allah yang maha Esa.

Itulah kisah pengakhiran hidup Ahmad Suradji atau lebih dikenali sebagai ‘The Black Magic Killer’.

Baca : Kubur Gadis 16 Tahun Digali Semula Didakwa Atas Tujuan Ilmu Hitam

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.