in

Ahli Pemuda PAS Dikecam Lepas ‘Kantoi’ Follow ‘Akaun Seks’ OnlyFans, Ini Penjelasannya…

Korang pernah dengar tentang OnlyFans? Kalau korang nak tahu, OnlyFans adalah platform di mana orang boleh membuat duit dengan mengeluarkan kandungan yang boleh dilihat oleh “peminat” yang melanggan akaun mereka.

Oleh kerana ini, ramai orang menggunakan platform ini untuk menawarkan khidmat seks atau tunjuk gambar-gambar seksual bagi meraih pendapatan. Pun begitu ada juga pakar kesihatan, pemuzik dan orang dari lain-lain bidang kongsikan konten mereka di sini.

Baru-baru ini, Ahli Pemuda PAS, Hezry Yasin yang sering kongsikan pendapatnya di Twitter telah diselar selepas dia menegur seorang netizen supaya menutup aurat.

Ekoran dari ini, seorang netizen telah jalankan siasatan dan mendapati Hezry telah follow akaun OnlyFans di Twitter.

“Ntah bila onlyfans ni bercampur video2 gedik tak pula saya ambil port.”

Selepas pendedahan ini, Hezry akhirnya buka mulut memberi penjelasan kenapa dia mengikuti akaun tersebut.

Katanya, ketika OnlyFans masih lagi baru di sekitar tahun 2018, dia dan kawannya telah mengikuti satu fitness trainer di media sosial, dan orang tersebut memberitahu yang peminat-peminatnya boleh mengikuti akaunnya di OnlyFans kalau nak tahu lebih lanjut.

Dalam posting dia tu, dia ada mention jika nak tahu lebih lanjut ttg perkongsian dia boleh follow dia dkt Onlyfans (something like that). So saya follow. Rupa-rupanya benda tu kena bayar.”

Tambah Hezry lagi, kerana akaun tu kena bayar, tak jadilah dia nak subscribe. Tapi dia tak tahu pula sekarang ni OnlyFanas dah bercampur dengan video “gedik-gedik”.

So before nak bahan saya, ger your facta right dulu…jgn semborono. Pada yg mula2 aibkan saya and yang sambung menyambung aibkan saya, saya masih terfikir2 lg sama ada nak maafkan anda atau pun tidak.”

Walaupun selepas membuat penjelasan, masih ramai netizen yang mengecamnya dan tak percaya kerana kandungan dalam platform tersebut kebanyakkannya berunsurkan seks.

Mungkin betul kot apa yang dia cakap tu?

 

Baca: Jaga-jaga! Akaun Twitter Guna Selfie Di Facebook Dan Instagram Untuk Tawar Khidmat Seks