Ada Yang Nak Mendirikan Masjid Ke Tak Lama Lagi? Boleh Try Buat Hidden Hantaran Yang Tengah Trend Ni!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau nak melangsungkan pernikahan, memang banyak perkara yang perlu dituruti mengikut proses susunan perkahwinan — especially bagi orang Melayu.

Bermula dari merisik sampailah ke majlis kenduri, semuanya mengikut adat resam dan tuntutan agama.

Antara yang paling best sewaktu melakukan persiapan untuk proses itu nanti, adalah menyiapkan dulang hantaran.

Waktu-waktu macam ni lah kita boleh tengok mak sedara saling ‘bertengkar’ nak sumbang idea kreatif masing-masing — ada yang suggest letak bunga hidup la, letak manik liplap dan tak kurang ada juga yang menghormati kehendak si bakal pengantin seraya berkata ‘suko hati ekau la nak buek camno pun.’

Trend pemberian atau ‘persembahan’ hantaran ni pun bersilih ganti mengikut zaman.

Kalau kita tengok zaman mak atau makcik kita kahwin dulu, semua pakai dulang tembaga yang beratnya sebeban tu.

Kemudian beralih pula kepada dulang-dulang simple yang diperbuat daripada kotak kayu dan sebagainya yang mudah untuk didapati di Nilai 3.

Tapi paling latest, orang dah start buat hidden hantaran. Kalau ada yang tak tahu hidden hantaran tu macam mana, meh tengok bawah ni.

Simple kan? Tak payah susah-susah nak fikir macam mana nak hias, balut je dengan kain dan letaklah bunga seketul di atasnya sebagai penaik seri.

Tapi sebenarnya, ramai yang tak tahu orang dulu-dulu memang ‘sorok’ hantaran dia sebab tak nak pemberian mereka jadi bualan tetamu yang hadir dan hanya mahu wedding gifts itu sekadar menjadi rahsia antara pasangan mempelai sahaja.

Trend hidden hantaran ni dimulakan sejak tahun lepas lagi, dipelopori oleh seorang make up artist bernama Warnabilla.

Sejak itu, ia mendapat sambutan menggalakkan sampailah menjadi ikutan buat pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mereka.

Tengok macam mudah je untuk dibuat kan, tinggal nak beli kain je sebab semua ni boleh diy sendiri tanpa perlu membuat tempahan.

Tapi apa pun, sebelum decide nak buat hidden hantaran ni mintalah pendapat daripada orang tua especially ibu kita — sebab kebiasaannya bab-bab kahwin ni diorang pun antara yang paling excited nak tolong kita buat persiapannya.

Kalau ibu tak bagi green light, akur je lah ye.

 

Baca: “Hantaran mahal, siang ikan tak reti…” – IG Story Elfira Loy Pasal Masak Jadi Perbalahan Netizen Dekat Twitter

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.