Amat menyedihkan bila detik-detik manis yang sepatutnya dirasai berubah menjadi pilu apabila anak yang baru sahaja dilahirkan di dunia ini dapat bernafas hanya seketika.
Belum sempat menikmati kehidupan di dunia dan detik indah bersama cahaya mata, bayi tersebut telah menghadap ilahi.
Lebih hiba lagi apabila urusan pengebumian terbatas disebabkan ‘benda’ yang telah mengaburi nilai kemanusiaan ini tak cukup.
Si ayah nie xmampu dah orang tu xnak uruskan”
Anak kepada lelaki ini baru sahaja meninggal dunia, jika diamati gambarnya betul-betul usianya masih bayi lagi. Innalillahwainnalillahirajiun
Sudah lah tengah bersedih dengan dugaan yang menimpa pada lelaki ini, ditambah lagi dengan bebanan lain yang hanya menambahkan lagi kepiluan di hatinya.
Menurut Mohd Zulhairi Zainol, pihak pengurusan jenazah enggan menguruskan pengebumian jenazah bayi itu sebab tak cukup wang
“Alhamdulilah selesai,sadis kesah brader nie”..padahal pagi tadi dia dah bawa jenazah anaknya ini untuk di uruskan di tempatnya”..di sebabkan dikenakan caj rm300.00 si ayah nie xmampu dah orang tu xnak uruskan”..
Si ayah pun bawa jenazah anaknya ke hospital semula, mujurlah ada insan mula yang sudi bantu si ayah ini menguruskan jenazah anaknya.
Hanya ada rm150.00 sahaja”
Lepas bantuan disalurkan, barulah segala urusan berjalan lancar. Biarpun bajet yang diperlukan melebihi apa yang dijangkakan insan mulia ini. Insan yang dikenali sebagai Hery, ‘ringan tangan’ nak salurkan bantuan kepada si ayah ini.
“dibawa kembali anak ini ke hospital nasib baik lah team forensik maklumkan pada hery,terus hery dtg bantu dan uruskan mandi&kafan serta dikebumikan.
Dia maklumkan pada hery hanya ada rm150.00 sahaja,hery ckp simpan sahaja duit tu”….
terus ayahnya pelok hery…..dan berterima kasih pada kalian semua.”
“nie lah di antara sumbangan kalian hery salurkan..
baby kecik mcm nie pon nak caj rm300.00″
“modal hery tadi hanya rm20.00 je”
Allahuakbar, wujud lagi insan-insan mulia pada zaman ini rupanya. Hanya Allah sahaja yang mampu balas jasa baik Hery membantu pengebumian anak syurga ini. Al-fatihah.