THIS IS A TEST PAGE

Perjuangan melawan Covid-19 bukan perkara yang mudah terutamanya buat petugas barisan hadapan.

Justeru bagi meringankan beban yang dialami, kerajaan negeri Selangor memperkenalkan Inisiatif Penjagaan Anak Frontliner (iPAF) bagi meringankan bebanan frontliner dengan membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) sementara.

### Avatar Ad Tag Right Below This Text ###

“Bagi membantu operasi petugas barisan hadapan terutamanya kakitangan hospital sewaktu pelaksanaan tempoh PKPB di Selangor, TASKA tambahan diaktifkan semula untuk dijadikan kemudahan pusat jagaan anak-anak petugas. – Datuk Seri Amirudin Shari

Alhamdulillah inisiatif yang baik untuk mereka yang berjuang demi keselamatan orang ramai…

Sebanyak sembilan pusat asuhan dibuka dan kebanyakkannya disediakan untuk kakitangan perubatan.

“Sebanyak sembilan lokasi dipilih untuk dibuka TASKA sementara iaitu Hospital Sungai Buloh; Hospital Banting; Hospital Selayang; Hospital Kajang; Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang; Hospital Shah Alam; Jabatan Kesihatan Negeri Selangor; Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK Selangor) dan Bangunan Darul Ehsan,”

 

Capture 1 7 1

 

Walaupun TASKA tersebut dibuka kepada kakitangan perubatan, dua lagi TASKA boleh dimanfaatkan untuk semua frontliner termasuk nak anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Semoga inisiatif ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan petugas barisan hadapan yang berkorban menyabung nyawa demi melandaikan keluk COVID-19,”

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud, agensi kerajaan boleh merujuk pihaknya sekiranya ingin mengambil inisiatif yang sama.

Walaubagainapun, lokasi penubuhan TASKA sementara itu perlu disediakan oleh mereka sendiri lapor Berita Harian.

Dalam waktu genting begini, semua pihak perlu saling membantu. Semoga kita dapat menangani wabak ini hingga ke akhirnya…

 

Baca : Tempat Asal Covid-19 Wuhan, Dibanjiri 18 Juta Pelancong Sempena Cuti ‘Golden Week’ Di China

Capture 6 6