in

Abang ‘Delivery’ Pizza Positif Covid -19, 72 Keluarga Kena Buat Ujian Saringan

India 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makin risau kita dibuatnya, walaupun langkah hati-hati sudah diambil kira tapi kalau nak kena tu kenalah. 


Masa tengah PKP ni sudah semestinya kaedah delivery dikira satu langkah digunakan untuk mencegah diri kita daripada terdedah dengan wabak Covid-19. Pasti pekerja delivery ini amat diperlukan.

Bagaimanapun, tanpa kita sedar kadang-kadang kaedah ini jugalah sebenarnya membuatkan kita jauh lebih mudah buatkan terkena wabak tersebut.

 

Kena buat ujian saringan sebab pernah tempah makanan dan dihantar pekerja yang positif Covid-19

Perkara itu sendiri sudah terjadi apabila 72 keluarga yang tengah kuarantinkan diri dirumah ini terpaksa menjalani ujian saringan kerana ada seorang abang delivery ini positif Covid-19.

Menurut sumber, pekerja delivery pizza itu telah menunjukkan gejala-gejalanya sepanjang 20 hari dia bertugas sebelum disahkan positif.

Kejadian yang berlaku di India ini telah membuatkan lagi 17 rakan sekerjanya diarahkan untuk kuarantinkan diri memandangkan mereka ada kontak dengan lelaki tersebut.

Ia disahkan sendiri oleh syarikat yang penghantaran makanan  di negara tersebut.

Jadi,, sebagai langkah selamat, apabila barang dah sampai cuba amalkan social distancing dengan mereka sebagai langkah pencegahan, Bukannya apa, kita sedia maklum yang Covid-19 ni kadang-kadang tak tunjukkan gejala pun.

Sediakan satu ruang untuk di depan rumah untuk mereka letak barang, dan jangan lupa sanitize tu barang itu sebelum ambil.

 

Baca : “3 minggu tak keluar, tidur pun berasingan” – Wanita Positif Covid-19 Gara-gara Shopping Online

Parcel

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.