in

Rumah Paling Berhantu Di Britain Akhirnya Terjual Lepas 12 Tahun Tak Laku

Berhantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah rumah lama di Britain yang digelar sebagai “rumah paling berhantu” akhirnya berjaya dijual selepas gagal menemui pembeli selama 12 tahun. Kediaman bersejarah yang dikenali sebagai ‘The Cage’.

Rumah itu kini dimiliki oleh pasangan asal Australia, Amy Waine, 38, dan Jarrad Cutting, 40, yang membelinya dengan harga £230,000 (bersamaan kira-kira RM678,500).


Screenshot 2025 11 02 at 11.11.56 AM

Rumah dua bilik tidur yang terletak di Essex itu dibina pada abad ke-16 dan terkenal dengan sejarah menyeramkan kerana pernah dijadikan penjara bagi wanita yang dituduh mengamalkan sihir sekitar tahun 1500-an.

Bangunan itu menjadi lokasi menunggu perbicaraan atau hukuman mati, menjadikannya antara tapak paling misteri di Britain.

Artikel berkaitan: Penyiasat Paranormal, Dan Rivera Meninggal Dunia Secara Misteri Ketika Siri Jelajah Patung Berhantu Annabelle

Artikel berkaitan: Kesian Tengok Sampai Menangis, Hantu DriveThru Suruh Janji Jangan Nakal Lagi

Screenshot 2025 11 02 at 11.12.04 AM

Pemilik terdahulu, Vanessa Mitchell, cuba menjual rumah tersebut selama lebih sedekad selepas mendakwa diganggu entiti ghaib.

Dia menceritakan pengalaman ngeri termasuk melihat kelibat hantu dan pernah ditolak hingga terjatuh ketika sedang hamil, menyebabkan rumah itu digeruni dan sukar dijual.

Screenshot 2025 11 02 at 11.12.22 AM

Pasangan baharu itu yang juga merupakan penyiasat paranormal dan pengusir hantu profesional, mengakui rumah berkenaan masih menyimpan banyak misteri.

Sejak kerja-kerja pengubahsuaian bermula, mereka kerap mendengar bunyi aneh dan menyaksikan lampu bilik tidur menyala sendiri pada jam 3 pagi, menambah lagi reputasi menyeramkan ‘The Cage’.

Screenshot 2025 11 02 at 11.12.30 AM

“Kami sebenarnya tidak berniat untuk membeli rumah berhantu,” kata Amy. “Tapi selepas berbual dengan rakan mengenai ‘The Cage’, kami diberitahu rumah itu sedang mencari pemilik baharu. Kami tertarik dengan kisahnya dan beberapa bulan kemudian, kami pun membelinya.”

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.