in

“Kunci dah dapat tapi… – Cubaan 3 Perompak Curi Kenderaan Gagal Sebab Tak Reti Bawak Kereta Manual

Kereta Manual Pencuri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melepas!


Bigstock Car Thief Trying To Break Into 129418745 1 E1634349184147
Gambar hiasan

Itu adalah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan insiden yang menimpa tiga orang perompak muda ini setelah mereka gagal mencuri sebuah kereta kerana tak pandai bawak kereta manual.

Memetik laporan portal DailyMail, polis Stafford County menerima laporan orang ramai berkenaan satu pergaduhan di lot parkir gim Anytime Fitness, Stafford, Virginia, Amerika Syarikat pada petang Selasa lalu. Insiden terbabit difahamkan berpunca daripada cubaan tiga orang perompak yang mahu mencuri kereta seorang pelanggan gimnasium terbabit.

02Dd8924 1Ad1 4C5A B90B F33B367C5Ce3 Large16X9 Staffordcarjackingsuspects E1634349009260

Menurut pegawai polis yang ditugaskan ke lokasi, tiga orang perompak yang dikenal pasti sebagai Jabez Clark, 19, Korey Richardson, 18, dan Jacob Land, 20, dikatakan telah memukul mangsa yang tidak didedahkan identitinya dengan kayu dalam cubaan mencuri kereta miliknya.

Walau bagaimanapun, mangsa yang difahamkan mahir dalam seni mempertahankan diri melawan balik. Namun begitu, salah seorang perompak terbabit telah berjaya merampas kunci kereta mangsa sebelum masuk ke dalam kereta.

Rosemount Mn Anytime Fitness Gym Exterior 43460728481 E1634349253282
Gambar hiasan

Pun begitu, nasib tidak menyebelahi ketiga-tiga perompak ini selepas kereta yang cuba dicuri mereka ternyata adalah kereta manual dan tak seorang pun daripada mereka bertiga boleh reti memandu kenderaan terbabit. Tiga perompak itu akhirnya menyerah kalah dan melarikan diri dari lokasi dengan menaiki kereta jenis Acura berwarna putih.

Laporan lanjut mendedahkan, ketiga-tiga perompak terbabit ditahan tak lama selepas itu selepas terlibat dalam aksi kejar-mengejar dengan pihak berkuasa. Salah seorang daripada mereka mengalami cedera ringan selepas digigit seekor anjing polis K-9 dalam cubaan meloloskan diri.

Mereka kini ditahan di Rappahannock Regional Jail tanpa ikat jamin. Tarikh dan lokasi perbicaraan kes masih belum diketahui setakat ini.

Sumber: DailyMail

Baca: Lelaki Pecah Kereta, Tapi Upah ‘Driver’ Lain Untuk Curi Kereta Sebab Baru Dapat Lesen Memandu

Fi Kereta E1634347777977

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.