Cats 12

Tembakau merupakan nama umum beberapa jenis tanaman dari genus atau ‘keluarga’ Nicotiana, dan sering dikaitkan dengan produk yang dibuat menggunakan daun pokok tembakau yang telah dirawat, contohnya, rokok.

Produk berasaskan tembakau ini akan menyebabkan ketagihan dan menurut World Population Review, untuk berhenti sepenuhnya dari merokok adalah sangat mencabar kerana kandungan nikotin yang ada pada tembakau yang dirawat tersebut.

Tobacco 696X470 1

Namun, banyak negara di seluruh dunia telah mengambil pelbagai inisiatif bagi mengurangkan kadar perokok di negara masing-masing dan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang tersenarai dalam negara-negara yang tegas dalam larangan terhadap merokok.

 

Berikut senarai penuh negara tersebut:

1. Bhutan

Https3A2F2Fs3 Ap Northeast 1.Amazonaws.com2Fpsh Ex Ftnikkei 3937Bb42Fimages2F72F12F42F62F28996417 5 Eng Gb2Fcropped 1598326992 1

Bhutan telah melaksanakan undang-undang anti-tembakau paling ketat di dunia pada Jun 2010 dengan mengharamkan penjualan atau penyeludupan tembakau ke negara berkenaan.

Pesalah akan dikenakan hukuman penjara 3 hingga 5 tahun tanpa ikat jamin.

 

2. Costa Rica

Pada 2012, kerajaan Costa Rica telah meluluskan larangan merokok yang boleh dikatakan antara yang paling ketat di dunia.

Larangan merokok telah dikuatkuasakan di dalam teksi, bas, bangunan awam, kasino dan ditempat kerja. Selain itu, semua bangunan awam diwartakan sebagai zon larangan merokok selain tidak membenarkan ‘smoking area’ walaupun berasingan.

Sekiranya didapati bersalah, denda yang akan dikenakan adalah 10% daripada gaji minimum sekiranya dilakukan oleh orang awam manakala jika pesalah ada jawatan dalam mana-mana badan bertanggungjawab, mereka akan dikenakan denda 50% daripada gaji minimum.

Denda perlu dibayar dalam tempoh 30 hari selepas dikeluarkan!

 

3. Colombia

Prohibido

Pada tahun 2009, Columbia telah meluaskan peraturan larangan merokok kepada kawasan bekerja indoor dan tempat awam. Selain itu, terma yang biasa didapati di kotak dan iklan rokok seperti ‘mild’ dan ‘light’ diharamkan sama sekali.

Sekiranya melanggar peraturan ini, denda yang dikenakan adalah 250 bulan gaji minimum sehingga 300 bulan gaji miminum. Gaji minimum di Coumbia untuk sebulan adalah sekitar 300,000 CRC bersamaan RM2000. Jadi, jumlah denda dikenakan adalah sekitar setengah juta ringgit!

Ini kalau kesalahan pertama, kesalahan berulang, boleh didenda sehingga 400 bulan gaji minimum!

 

4. Uruguay

Uruguay merupakan negara Amerika Latin pertama yang mewartakan larangan merokok di tempat awam termasuk restoran, bar dan tempat kerja pada tahun 2004.

Sekiranya melanggar peraturan ini, premis terlibat akan diarahkan untuk ditutup selama lima hari berturut-turut. Sekiranya kesalahan berulang, premis akan diarahkan tutup selama sebulan!

 

5. Malaysia

Seperti sedia maklum, negara kita juga antara negara yang telah mewartakan tempat awam sebagai kawasan larangan merokok. Ini termasuklah hospital, lapangan terbang, tandas awam, premis kerajaan dan restoran.

Hmlarang14 O Hmfield Image Listing Featured V2.Var 1573718459

Di Malaysia, merokok merupakan salah satu dari 10 punca utama kemasukan ke hospital dan penyebab kematian. Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, myheatlh, bilangan perokok diatas umur 15 tahun adalah seramai 4.75 juta orang setakat tahun 2011.

 

Forum Global Mengenai Nikotin

Menurut statistik WHO, penggunaan tembakau menyumbang lebih daripada 8 juta kematian seluruh dunia setiap tahun, lebih malang lagi, 1.2 juta kematian adalah disebabkan terdedah dengan asap rokok.

Pelbagai inisiatif dan program dijalankan seluruh dunia bagi mengatasi masalah berkaitan rokok ini, sebagai contoh sebuah Forum Global mengenai Nikotin (GFN 2021) telah diadakan di London baru-baru ini.

Forum selama 2 hari tersebut banyak membincangkan isu dan permasalahan berkenaan nikotin dan tembakau. Antara topik menarik yang dibincangkan termasuklah penyebab seseorang itu merokok.

Gfn 2

Salah satu faktor mengapa perokok mula merokok adalah disebabkan kepuasan yang diperolehi daripada merokok (nikotin) itu sendiri.

Majoriti perokok di dunia merokok disebabkan pengaruh kawan, mereka yang dibesarkan oleh ibu bapa yang merokok, faktor tekanan dari rakan sekerja dan kebodohan – Miroslav Dworniczack

Selain itu, ramai yang ingin berhenti merokok ini juga mendakwa tidak didedahkan atau tidak mendapat maklumat yang mencukupi tentang alternatif yang ada bagi membantu mereka mengurangkan ketagihan nikotin ini selain dari merokok.

Nicotine Patch

Sebenarnya, terdapat pelbagai alternatif lain boleh digunakan untuk mereka yang sukar untuk berhenti, sebagai contoh boleh dapatkan terapi gantian nikotin (NRT). Selain itu, untuk mereka yang ingin mengubah gaya hidup ini, salah satu cara yang disyorkan adalah dengan menggunakan produk gantian seperti rokok elektronik atau produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran.

 

Sumber: Nikkei Asia
Sumber: Ciencuadras
Sumber: hmetro
Sumber: GFN 2021
Sumber: AHA