Mudah Featured Image

Memiliki kenderaan sendiri pastinya salah satu daripada goals dalam kehidupan seseorang. Pastinya pelbagai perasaan akan timbul bila tiba waktu untuk mendapatkan kenderaan tersebut, lebih-lebih lagi sekiranya korang ingin mendapatkan kenderaan terpakai sebagai kenderaan pertama.

Disinilah nanti sesetengah daripada pembeli baru atau ‘newbie’ ini akan termakan kata-kata kawan, terjerat dengan janji manis penjual kenderaan terpakai dan macam-macam lagi yang akhirnya akan menjerat pembeli dengan hutang, kos baikpulih yang tinggi dan lain-lain lagi.

Namun, perkara-perkara ini boleh dielakkan sekiranya pembeli baru rajin buat research dan bertanya pada kawan-kawan atau ahli keluarga yang berpengalaman dalam membuat urusan pembelian kenderaan terpakai ini.

Muv Inspection 3

Apa-apa pun pastikan korang tidak melakukan perkara atau kesalahan biasa yang dilakukan oleh pembeli baru seperti ini :

1. Tidak memeriksa kenderaan

Ini merupakan kesalahan utama yang sering dilakukan oleh pembeli kenderaan terpakai. Pergi tengok, berkenan, terus lakukan urusan jual beli. Tunggu dulu! Jangan terburu-buru abang kakak, periksa dulu kenderaan tersebut.

Kalau tak tahu, ajak kawan yang mahir atau bawa mekanik yang korang percaya untuk tolong periksa kenderaan tersebut.

2. Bajet tak mencukupi

Menurut Mekanika, cara nak tentukan kereta mana yang sesuai dengan kemampuan korang adalah cari kereta dengan nilai 15% dari gaji, kemudian tambah lagi 15% dari gaji untuk kos pembayaran ansuran bulanan. Ini tak termasuk lagi kos kos tersembunyi semasa pemilikan kenderaan tau!

3. Beli kenderaan terlampau ‘tua’

Cheap Used Car

Selepas tentukan bajet, pastikan cari kenderaan yang tahun pengeluarannya adalah dalam lingkungan 5 tahun kebawah. Sebab biasanya, kereta yang dipakai kurang dari 5 tahun ni, ragamnya kurang, jadi kurang risiko berlaku masalah luar jangka.

4. Tertipu harga murah

Sebelum beli kenderaan, pastikan korang kaji dulu harga pasaran terpakai untuk model yang korang nak beli. Ada banyak laman web yang korang boleh buat perbandingan, salah satunya Mudah.my.

Secara tak langsung, korang boleh elak ditipu disini. Kalau dijual murah tu, cuba selidik, pasti ada yang tak kena, kalau memang pemilik nak jual murah, itu kira jackpot lah.

5. Tak pandu uji

Bawa dulu kenderaan tersebut, peka dengan segala bunyi ketika brek ditekan, ketika membelok, atau gegaran enjin.

Kalau tak pasti, bawa mekanik atau kawan yang terer bab-bab kereta ni masa pandu uji. 

Memang nampak macam leceh sedikit proses sebelum beli kenderaan terpakai ini, tapi untuk mengelakkan ditipu atau menyesal kemudian hari, sebaiknya korang lakukanlah perkara-perkara  diatas.

Muv Inspection 1

Pastikan pemeriksaan menyeluruh kenderaan dilakukan seperti yang dilakukan oleh MUV dalam program Mudah Vehicle Inspection & Protection (mVIP) ni, program usahasama Mudah dan MUV bertujuan untuk memberi jaminan kepada pembeli kereta terpakai.

Dengan mVIP ni, dia ada berikan tiga jaminan: 

  • Mengesahkan maklumat pendaftaran dan pemilikan kereta
  • Mengesahkan keadaan sebenar kereta melalui proses pemeriksaan yang komprehensif  ketiga
  • Memberi peluang kepada pembeli untuk membeli dengan jaminan lanjutan untuk melindungi daripada kos pembaikan di masa hadapan. 

Muv Inspection 2

Kalau korang nak tahu, diorang juga akan menawarkan perkhidmatan menyeluruh merangkumi pemindahan hak milik (JPJ), pemeriksaan kereta (PUSPAKOM) dan pengaturan pembiayaan dengan caj yang berpatutan. 

Dalam erti kata lain, dengan mVIP ni, kuranglah sikit kerisauan bila nak beli kenderaan terpakai tu sebab kita orang Malaysia kan, bukan takat double confirm je, kita nak triple confirm! Dengan mVIP, tak payah rungsing kepala, siap ada jaminan lagi.

Sumber: Mudah.my
Sumber: Jalopnik
Sumber: Mudah.my
Sumber: Mudah.my