“300 orang mati di Sri Lanka sebab pengganas Islam. Mana Egg Boy?” – Senator Fraser Anning Buat Hal Lagi!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau dulu Senator Queensland, Fraser Anning pernah dikritik kerana tweetnya yang berbaur anti-Islam, kali ini nampaknya Anning buat hal lagi apabila dia kembali menyalahkan Islam dalam tragedi pengeboman di Sri Lanka.

Menurut Daily Mail, dalam satu siri tweet yang ditulis Anning pada Isnin lepas, dia kembali mengutuk Islam jadi penyebab kematian 300 orang di Sri Lanka termasuklah seorang warga Australia, Manik Suriaaratchi dan anak perempuannya, Alexandria, 10 pada Hari Easter lepas.

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

 

“Apa yang saya cakap memang betul. Populasi Islam sebabkan keganasan” 

Senator Anning yang tak habis-habis menimbulkan kebencian terhadap Islam ni berkata, dia ingin mengingatkan warga Australia untuk jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Malah mereka juga sepatutnya tak bersetuju dengan penghijrahan Muslim ke negara tersebut untuk kebaikan rakyat yang lain. 

Sumber: Twitter

 

“300 orang mati disebabkan pengganas Islam di Sri Lanka. Mana Egg Boy sekarang?”

Tak cukup dengan tu, Anning juga sempat menyindir Will Connolly, si Egg Boy yang pernah memalukannya dalam satu kejadian hitam tak lama dulu. Mana pergi Egg Boy dalam isu ni? Ingat lagi tak kes kena baling telur tu? Uish Anning berdendam eh… 

Menurutnya, dia tak nampak pun mana-mana media yang ‘marah’ tentang kejadian di Sri Lanka berbanding apa yang berlaku di Christchurch lalu. So kesimpulannya, Anning terus cakap memang betullah orang Islam sebabkan keganasan ni semua berlaku. Aduiii!

Sumber: Twitter

Berikutan tweet ini, Anning mendapat respon yang pelbagai dari netizen di Twitter. Ada menyokong sampai nak Anning jadi PM tapi ada juga yang mengeji sebab tindakannya yang suka spread kebencian. Ini antara komen netizen:

Sumber: Twitter

Apa lagi netizen Malaysia? Kasi sound sikit si senator ni sekali! 

Baca: Salahkan Imigran Muslim Jadi Punca Serangan Di Christchurch, Senator Dibaling Telur Sewaktu Temubual

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!