in

Lepas Kena Khianat Terus Datang Malaysia, Lelaki Ini Jumpa ‘Ali’ Squid Game Di Kedai Mamak

Cover 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika ini, siri Squid Game sedang hangat diperkatakan oleh pengguna Netflix dari seluruh dunia kerana jalan ceritanya yang unik dan menarik.


Apa yang menjadi bualan hangat penonton tentang siri ini ialah karakter yang dibawa oleh para pelakon. Salah seorang pemain Squid Game, Ali atau nama sebenar beliau, Tripathi Anupam mendapat perhatian ramai kerana berjaya menyentuh hati penonton.

Squid Game Anime Comic Manga Source Material

Menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang lelaki mendakwa dia telah menemui Ali di Malaysia dan sedang bekerja di sebuah kedai Mamak. Video tersebut menimbulkan persoalan ramai, bukankah Ali sudah mati di dalam siri Squid Game?

Sebenarnya, Ali yang ditemui itu ialah seorang pekerja kedai Mamak yang mempunyai wajah mirip pelakon itu. Lebih mengagumkan, rambut curly pekerja itu membuatkan dia kelihatan seperti Ali dari siri Squid Game.

1 14

@santaimaboi

Squid game season 2? #squidgame #ali

♬ Pink Soldiers – 23

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan video TikTok lelaki ini. Malah, ada yang berseloroh mengatakan Ali sudah tewas di Squid Game dan memilih untuk bekerja di Malaysia.

Bagaimanapun, video ini turut menerima teguran warganet yang beranggapan tindakannya merakam pekerja Mamak adalah kurang sopan.

Lelaki ini menjelaskan bahawa dia sudah mendapat izin pekerja Mamak itu untuk merakam dan hubungan mereka juga akrab di antara pelanggan dan pekerja.

Ddd

Dengan jumlah sebanyak 9 episod, siri ini dikatakan bakal mempunyai musim kedua kerana pengakhiran musim pertama yang tidak begitu jelas dan tergantung. Sama-sama kita nantikan! 

BACA: Wanita Jelaskan Terjemahan Sebenar Lagu ‘Red Light, Green Light’ Dalam Series Squid Game

Capture 13

Sumber: Den of Geek
Sumber: Rafzaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.