Setiap atlet pastinya mengharapkan mereka dapat menyumbang pingat buat negara yang dicintai. Namun begitu, mereka juga tidak terlepas daripada membuat kesilapan ketika perlawanan. Viral di media sosial baru-baru ini, terjunan atlet dari Mexico yang tidak seimbang dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.
Insiden itu mencuri perhatian seluruh dunia kerana atlet bernama Arantxa Chavez Munoz itu dilihat secara tiba-tiba tersasar dari platform. Ianya menyebabkan Arantxa gagal mengimbangkan badan dan melakukan terjunan tidak seperti diharapkannya. Disebabkan itu, Arantxa diberikan markah 0 oleh pihak juri dan rakaman terjunan tersebut mula tersebar di media sosial.
Arantxa Chávez @ArantxaChvezM1 queda fuera de las semifinales en CLAVADOS desde el trampolín de 3 metros #Tokyo2020 por éste muy lamentable accidente que tuvo ??
La esperanza de México ?? está en Aranza Vázquez @FenomenoAra pic.twitter.com/rEkFBMUWOo
— ????? ??ú? ???? (@davosv2004) July 30, 2021
Cemerlang ketika sesi latihan, dedikasi untuk mendiang bapa
Rakaman itu mendapat pelbagai reaksi di mana ada yang terkejut dan kasihan dengannya kerana sudah tentu Arantxa sendiri tidak menjangkakan perkara itu. Namun, ada juga yang mentertawakan kejadian tersebut tetapi melalui Instagram tuan empunya badan ada kongsikan video ketika latihan terakhir dibuatnya.
Melalui rakaman itu, terjunan dilakukan Arantxa di Pusat Akuatik Tokyo ketika latihan dilihat agak cemerlang. Bersama video itu, dia menulis caption yang agak menyentuh hati orang ramai kerana menurut Arantxa dia sebenarnya berniat untuk mendedikasikan terjunan buat mendiang bapa.
Malah, dia juga sangat gembira berjaya ke temasya sukan Olimpik selepas 9 tahun penantian. Kata Arantxa,
Pertandingan ini cukup bermakna buat saya dan ia merupakan dedikasi khas buat mendiang bapa yang meninggal dunia beberapa bulan lepas.”
Saya akan cuba buat dia (bapa) bangga dengan saya.”
Tiada siapa nak kejadian tak diingini berlaku apatah lagi ketika membawa nama negara ke peringkat antarabangsa macam ni, kan? Semoga Arantxa terus sukses dan cemerlang untuk Olimpik akan datang!
Tak baik tau siapa yang gelakkan dia tu! Ish!