in

Olimpik Tokyo: Aaron Chia – Wooi Yik Kalahkan Beregu Badminton No 1 Dunia, Mara Ke Separuh Akhir

Fi Mas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengejutkan ramai apabila mereka menewaskan pasangan nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon di peringkat suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020.


Aaron-Wooi Yik nyata memberikan aksi ‘berkelas dunia’ dengan menewaskan pasangan reputasi tinggi dimiliki pihak lawan dari Indonesia berkenaan. Corak permainan menyerang yang ditunjukkan, berjaya membuatkan pasangan diberi jolokan Minions berputih mata dalam aksi perlawanan straight set 21-14, 21-17 dan melayakkan pasangan negara ke peringkat separuh akhir.

Menerusi kemenangan di Mushashino Forest Sport Plaza ini juga, pasangan negara berjaya memecahkan rekod ‘telur’ kerana ini adalah pertama kali mereka menang ke atas pasangan Indonesia berkenaan selepas tewas semua tujuh pertemuan sebelum ini menurut Berita Harian.

Di peringkat separuh akhir nanti, naib juara kejohanan Seluruh England 2019 berkenaan akan bertemu pemenang perlawanan antara pasangan China, Li Jun Hui-Liu Yu Chen dengan Kim Astrup-Anders Skarup Rasmussen dari Denmark.

Ayuh Team Malaysia. Malaysia Boleh!

 

Baca : “Skill level Avengers” –  Atlet Memanah Malaysia Dapat Pujian, Berjaya Singkirkan Finland & China

Foot Mas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.