in

Zurin Jundi Wedding Planner Sekali Lagi Didakwa Menipu Duit Pelanggan, Tawar Pakej Perkahwinan Murah

Yaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdahulu, nama perancang perkahwinan Zurin Jundi tular di media sosial gara-gara katering yang disediakan tidak kunjung tiba ke majlis perkahwinan seperti yang dijanjikan sehingga ahli keluarga terpaksa memasak lauk kenduri sendiri!


Terkini, nama Zurina Ahmad Zundi pemilik syarikat perancang perkahwinan itu sekali lagi muncul kerana didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan menipu seorang pelanggan hingga kerugian RM5,000 pada Mac yang lalu, lapor Astro Awani.

L3
sumber: berita harian

Didakwa menipu Erhana Nur Asyariqah Saidon, seorang wanita berusia 25 tahun dengan menawarkan pakej perkahwinan murah, Zurina mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

Eryana yang terpedaya dikatakan telah membuat bayaran berjumlah RM5,000 ke dalam akaun CIMB Zurina. Insiden tersebut difahamkan berlaku di sebuah rumah di Jalan Jasa 7, Taman Mutiara Rini, Skudai.

L4
sumber: facebook

Perancang perkahwinan itu yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 terhadap tertuduh.

“Yang Arif, tolong kurangkan wang jaminan, sebelum ini saya baru membayar wang jaminan kes lain dan dalam proses menjual beberapa peralatan untuk membayar ganti rugi pelanggan,” rayu Zarina.

Selepas pertimbangan dibuat, Majistret Mohd Azlan Shah membenarkan agar Zurina dibebaskan dengan ikat jamin bernilai RM5,000 dengan seorang penjamin. Kes berkenaan akan disebut semula pada 10 Januari depan.

L2
sumber: youtube

Bagaikan tidak serik, Zurina sebelum ini telah menerima tuduhan memperdaya seorang wanita sehingga menyebabkan mangsa menyerahkan wang tunai bernilai RM8,500 sebagai bayaran pendahuluan bagi kos upah pakej perkahwinannya yang berlangsung pada 16 September lalu.

Bagi mereka yang akan melangsungkan perkahwinan atau sedang membuat perancangan untuk berkahwin tidak lama lagi, sentiasa berhati-hati dalam memilih wedding planner dan jangan mudah terpedaya dengan pakej murah yang ditawarkan. Buat research sebanyak yang mungkin dahulu sebelum menempah perancang perkahwinan yang anda idamkan.

Baca: “Pengantin dah berarak, makanan belum sampai.” – Ramai Pelanggan Tertipu Dengan ‘Wedding Planner’ Ini

Wedd 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.