Wow! Pelumba Hebat United Kingdom Jadikan Proton Iriz Kereta Pilihan, Menangi Tempat Ke-3

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Ramai rakyat negara kita yang masih ragu-ragu dengan prestasi kereta buatan lokal kerana merasakan bahawa barangan buatan tempatan kurang kualitinya berbanding barangan luar negara. Kini, rakyat Malaysia boleh berbangga kerana ternyata kereta buatan tempatan tidak kalah dengan buatan luar negara selepas berjaya menjuarai beberapa pertandingan permotoran termasuklah di United Kingdom!

Menurut Malaysian Digest, kereta Proton muncul juara dalam cabaran Sepang 1000 kilometer (S1K) 2017 dan tempat ketiga keseluruhan dalam kejohanan MEM Malton Frost Rally yang diadakan di United Kingdom minggu lalu.

Sumber: Malaysian Digest

Di Sepang, Proton Suprima S panduan Admi Shahrul Ahmad dan James Veerapan berjaya menumpaskan 23 pasukan lain dalam kategori endurance 181 pusingan S1K di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), mengalahkan gandingan juara bertahan yang memandu Honda Jazz. Wah, kereta buatan Jepun pun kalah tau! 



Suprima S berjaya menamatkan keseluruhan perlumbaan dengan catatan masa 8 jam 48.29268 minit sahaja. Selain Suprima S, Proton turut mempertaruhkan model Proton Iriz yang dipacu oleh Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali.

Sumber: Instagram

“Siapa sangka saya mampu menang sekali lagi di sini. Apapun kejayaan ini milik pasukan selepas bekerja keras untuknya biarpun sedikit bergelut pada awal perlumbaan.” 

Tempat ketiga cabaran S1K dimenangi oleh pasukan Tedco Racing yang menggunakan kereta Suzuki Swift, kenderaan buatan Jepun. Manakala Proton Iriz R3 menamatkan perlumbaan ditempat ke-5.

Sumber: Instagram

Pada peringkat antarabangsa pula, Proton Iriz R5 berjaya menjadi johan bagi kategori R5 pada kejohanan Malton Forest Rally di United Kingdom setelah bergandingan dengan Mellors Elliot Motorsport (MEM) dan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang dua jentera Ford Fiesta RS WRC.

Sumber: Instagram

Iriz yang dipandu oleh Mellors Oliver dan pembantu pilot Ian Windress menyempurnakan pertandingan dengan catatan masa 39 minit 11 saat, 29 saat di belakang pendahulu rali. Kagum dengan jentera panduannya, Oliver menerusi laman Facebook menyatakan bahawa dia sangat terpesona dengan kemampuan kereta itu kerana tiada sebarang kerosakan sepanjang hari perlumbaan. 



Sumber: Malaysian Digest

“Untuk mencatatkan masa terpantas dalam peringkat kompetitif pertama bagi Proton Iriz R5 adalah fantastik dan rali dihabiskan dengan kedudukan ketiga keseluruhan dengan hanya ditewaskan dua jentera WRC serta menewaskan semua kereta R5,” kata Oliver.

Sumber: Malaysian Digest

Gandingan MEM-Proton mengeluarkan Iriz R5 selepas kejayaan model Proton Satria S2000 sebelum ini.

Siapa sangka kereta buatan tempatan boleh menyaingi kereta buatan luar negara, malah mengalahkan kereta-kereta seperti Honda dan Suzuki! Kita sebagai rakyat Malaysia janganlah ragu untuk menggunakan barangan buatan tempatan kerana sudah terbukti setanding barangan luar negara.

Baca: Pelajar Malaysia Rangkul Gelaran Naib Juara Pertandingan Pidato Bahasa Mandarin Antarabangsa

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.