in

Wow! Kanak-kanak Lelaki Ini Menjadi Jutawan Pada Usia 6 Tahun. Ini Rahsianya…

Kid4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang, bukan mudah nak cari pekerjaan. Bukan itu sahaja, gaji yang didapati pun bukanlah dapat menjamin seseorang untuk menjadi jutawan dalam masa yang singkat.


Namun, lain pula dengan kisah ini kerana mStar telah melaporkan seorang kanak-kanak lelaki telah meraih sebanyak AS$11 juta iaitu hampir RM45 juta dalam masa setahun. Lebih mengejutkan, kanak-kanak ini baru sahaja berusia enam tahun. Mak aihhhh!

Kid1
sumber: business insider

Menurut Business Insider, Ryan dengan bantuan keluarganya telah bekerjasama dalam menghasilkan rancangan Ryan ToysReview menerusi saluran YouTube yang merangkumi rakaman video Ryan mencuba dan menyampaikan ulasan dan komen bagi setiap permainan kanak-kanak yang digunakannya.

Video-video tersebut telah dirakam dan diterbit setiap hari oleh ibu bapanya sejak bulan Mac tahun 2015 ketika Ryan baru sahaja berusia empat tahun. Pandai ibu bapa dia, fikir jauh…

Kid2
sumber: mstar

Rancangan YouTube mereka mula mendapat perhatian orang ramai selepas tular video di mana Ryan membuka kotak yang mengandungi lebih 100 permainan Cars daripada keluaran Pixar. Video itu sahaja telah berjaya meraih sebanyak 800 juta penonton. Wow!

Kini, rancangan itu lebih menjerumus ke arah memberi rumusan produk permainan baru atau mencuba produk makanan kanak-kanak. Setiap video dirakam menunjukkan Ryan yang petah berkata-kata ini memberi ulasan yang jujur tentang sesuatu.

Kid3
sumber: mstar

Walau bagaimanapun, ibu bapa Ryan telah memberikan panduan terlebih dahulu kepadanya sebelum mula merakamnya memberikan ulasan dan komen tentang sesuatu produk. Difahamkan, ibu Ryan, Loann yang merupakan bekas guru telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mula menguruskan akaun YouTube anaknya sepenuh masa.

Kini, dengan pengikut seramai 10 juta, Ryan ToysReview telah mencapai AS$11 juta setiap tahun mulai Jun 2016 dan telah disenaraikan di tempat kelapan sebagai penerima bayaran tertinggi YouTube pada tahun lalu.

Fulamak! Memang hebatlah! Baru 6 tahun dah kaya raya… Harap ibu bapa Ryan masih mengutamakan pelajaran…

Baca: “Pandainya…” – Video Kanak-kanak Berusia 4 Tahun Fasih Baca Al-Quran Tawan Hati Netizen

Jail7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.