in

Wow! iPhone 8 Wanita Ini Masih Berfungsi Walaupun Kereta Meletup dan Terbakar!

Wowo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Telefon bimbit zaman sekarang ni jarang kita dengar tahan lama penggunaannya dan tahan lasak seperti zaman telefon Nokia 3310 dulu. Tambah-tambah lagi kalau kalau telefon bimbit tersebut dah tercampak dalam api kebakaran.


Biasanya jika telefon terbakar dalam api, memang sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Namun, seorang wanita dari Singapura ini sangat bertuah kerana telefon bimbitnya yang disangka sudah musnah dijilat api terselamat, lapor WORLD OF BUZZ.

D1
gambar hiasan

Ketika hari kejadian 26 November lalu, wanita tersebut menumpang kereta Mercedes milik rakan untuk kembali ke pangsapurinya pada waktu petang. Setibanya di lokasi, mereka keluar untuk memeriksa keadaan kereta selepas terhidu bau seperti ada sesuatu yang terbakar.

“Bahagian hadapan kereta dah berasap dan ada sedikit percikan api. Saya dan kawan cepat-cepat jauhkan diri daripada kereta. Kemudian kami dengar empat atau lima kali bunyi letupan datang daripada kereta,” kata wanita tersebut.

Sejurus bunyi letupan, kereta milik rakannya terbakar dalam masa beberapa minit sahaja. Api yang marak dengan tiba-tiba menyebabkan dua individu tersebut tidak dapat menyelamatkan apa-apa daripada kereta itu, termasuklah iPhone 8 Plus yang baru sahaja dibeli oleh wanita tersebut. Aduhai!

D2
sumber: sinchew

Menyedari api marak, mereka segera menghubungi pihak bomba untuk menyelamatkan keadaan. Sewaktu insiden itu berlaku, wanita tersebut baru sahaja membeli telefon bimbit berkenaan yang berharga RM3,000 dan malah, ianya masih berada di dalam kotak! 

Berserah dengan nasib yang menimpa telefon barunya, sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku selepas pihak bomba berjaya memadamkan api.

“Sewaktu api dah dipadamkan, ahli bomba datang dan serahkan kotak telefon saya yang dah hangus terbakar. Ajaibnya telefon saya di dalam tu terselamat dan tak rosak pun!”

D3
sumber: sinchew

Juruteknik telefon juga terkejut mendengar apa yang berlaku kepada iPhone 8 Plus wanita berkenaan kerana telefon selalunya akan cair bila terkena suhu yang tinggi. Bateri dan skrin LCD juga akan rosak dalam kes seperti ini.

Walaupun kereta Mercedes kawannya sudah tidak dapat diselamatkan, wanita ini sangat bertuah kerana telefon barunya masih elok. Memang bernasib baik betul!

Fuhhh! Memang betul ajaib kes ni. Untung wanita tu handphone masih elok. Kalau tak, menangis tak sudah la, harga mahal pulak tu!

Baca: Konon Beli iPhone 6 Berharga RM400 Tapi Rupa-rupanya Dapat Kotak Berisi Kentang

Dsdq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.