in

Wow! Harith Iskander Jadi Orang Pertama di Asia Tenggara Tampil Dalam Program Komedi di Netflix!

Itoldyouso

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tidak kenal dengan Harith Iskander? Seorang pelakon, pengacara dan pelawak yang sangat dikenali di Malaysia. Lawak yang dipertontonkan bukanlah sekadar suka-suka tetapi lebih kepada jenaka berinformasi yang mampu membuatkan penonton tidak kering gusi.


Pernah memenangi Asia’s Best Stand-Up Comedian Award pada tahun 2014, Harith sekali lagi membanggakan negara apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan Laugh Factory Funniest Person in the World di Helsinki, Finland Disember 2016 yang lalu dan menjadi lelaki paling lucu di dunia.

Har3
sumber: the star

Pencapaiannya tidak terhenti di situ, pengacara program bual bicara mingguan Obviously Harith ini kini menjadi orang pertama di Asia Tenggara yang bakal muncul dalam program komedi di Netflix pula!

Seorang lagi pelawak dari Malaysia, Kavin Jay akan ditampilkan untuk siaran 2 Februari dan seorang lagi, Fakkah Fuzz dari Singapura untuk siaran 26 Januari.

Pengacara berkenaan yang mengumumkan hal tersebut kepada pengikutnya di laman Facebook dan Instagram memberitahu bahawa slot yang berjudul I Told You So itu akan ditayangkan ke seluruh dunia pada 19 Januari ini.

Har1
sumber: web

Harith mengakui bahawa dia berasa begitu terkejut namun bangga apabila menerima peluang untuk berkarya dengan bebas di paltform video dalam talian popular itu, lapor The Malaysian Insight.

“Netflix memang global dan program ini akan dilihat di mana-mana negara yang ada Netflix. Bila dijemput tahun lepas, saya memang terkejut tapi begitu bangga.

Pelawak ini memaklumkan bahawa peluang yang diperolehi itu sangat baik kerana Netflix tidak menetapkan sebarang sekatan malah memberikan kebebasan penuh kepadanya untuk berkarya.

“Netflix memberi peluang saya berkarya. Bila saya nak cuba ubah konsep lawak untuk orang Amerika ke apa, mereka kata tidak.”

Har2
sumber: instagram

“Mereka tidak memberikan saya batas-batas. Mereka beri saya kebebasan. Itu yang saya rasa kebaikan dengan komedi yang saya bawa.”

Waaah, dasyat ni! Jangan lupa support Harith dan tonton program ni nanti jika ada Netflix di rumah ye!

Baca: Tahniah! Ayda Jebat Tercalon Dalam MTV Europe Music Award 2017!

Ayda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.