in

Warung Jual Makanan Dan Minuman Murah, Harga Teh O Kekal “20 Seng” Selamanya

20881810 834802673346430 1072282842577655032 N 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak sangka masih wujud lagi warung yang menjual makanan dan minuman dengan harga yang murah. Pada saat ramai pekedai mengambil kesempatan untuk menaikkan harga, warung ini pula dengan baik hatinya berjanji untuk mengekalkan harga tersebut buat selama-lamanya.


Warong Pok Hassan yang terletak di Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu ini ialah sebuah kedai yang diwariskan pemiliknya, arwah Mohd Hassan Yunus kepada anak sulung, Mohd Ridhuan, 36.

20881810 834802673346430 1072282842577655032 N
sumber: facebook

Oleh sebab arwah Mohd Hassan pernah berwasiat supaya anaknya mengekalkan harga ’20 seng’ bagi secawan teh o panas, warung tersebut menjadi terkenal dalam kalangan penduduk kampung kerana harganya yang murah, lapor Mstar.

Teh
sumber: mstar
18301858 778622182297813 3352662981411484373 N
sumber: facebook

Dibuka pada tahun 1994, warung ini juga terkenal dengan kari kepala ikannya yang hanya bernilai RM8!

Menurut Mohd Ridhwan, semenjak bapanya meninggal dunia pada 2008 lalu, mereka sekeluarga bersepakat untuk teruskan operasi kedai makan ini dengan mengamalkan konsep berniaga sambil beramal.

“Sebelum meninggal ayah pernah berniat nak turunkan harga jadi 15 sen tapi tak jadi bila dia fikirkan masalah pengiraan dan baki siling lima sen yang agak sukar diperolehi,” kata Mohd Ridhwan.

20 sen pun dah cukup murah kan??

Kini warung yang diusahakan Mohd Ridhwan dan ibunya, Semah Jusoh, 60, mempunyai lapan orang pekerja yang terdiri dari ahli keluarga dan saudara-maranya.

18301849 778622252297806 5589797068831319955 N
sumber: facebook

Menurutnya, dengan hanya RM1 pelanggan sudah boleh bersarapan dengan kenyang ataupun mampulah mengalas perut dengan memesan kuih-muih dan teh o panas.

“Harga kuih-muih di sini 30 hingga 40 sen, selain ada nasi lemak, nasi minyak, mi goreng dan pulut yang tak mahal harganya.”

“Untuk tengah hari pula, kami jual nasi campur, harga lauk-pauk pun tak mahal, kari kepala ikan tenggiri dan ikan merah berharga serendah RM8.”

19748563 814184012074963 3174580847368564807 N
sumber: facebook
19748770 814182175408480 5570713548350529611 N
sumber: facebook
19756858 814183498741681 8713943560628151580 N
sumber: facebook
19756690 814182825408415 6682399000231531894 N
sumber: facebook

Wuishh macam-macam ada! 

Sungguhpun Mohd Ridhwan mengakui harga barang mentah agak mahal sekarang, namun dia masih belum terfikir untuk menaikkan harga. Malah dia juga menceritakan tentang pengalamannya yang terpaksa menghentikan jualan lauk ayam kampung oleh kerana harganya terlalu tinggi.

“Untung tetap ada cuma tak banyak, lepaslah bayar gaji pekerja.”

Mohd Ridhwan juga tidak sampai hati untuk menaikkan harga jualan kerana ramai pelanggan tetapnya selalu ke kedai makan tersebut disebabkan harga yang murah. Baginya, apa yang penting adalah kepuasan melihat ramai pelanggan datang makan di situ tak kiralah pada waktu pagi dan malam.

“Sepanjang saya berniaga tak ada lagi pelanggan yang komen mahal, rata-rata tersenyum selepas buat bayaran dan ramai juga yang datang semula,” katanya.

18275155 778622235631141 7407556327985755155 N
sumber: facebook
18300857 778622212297810 6704978947159838062 N
sumber: facebook

Ada juga pelanggan mengakui terkejut apabila pertama kali membayar makanan di Warong Pok Hassan ini.

“Saya bungkus dua ketul ayam, seketul ikan kerapu masak tiga rasa, dua ketul daging dan dua bungkus nasi, harganya cuma RM18.”

“Selain murah, rasanya sedap setanding masakan asli kampung dan saya telah hebahkan tentang keistimewaan warung ini kepada rakan-rakan di Facebook,” komen pelanggan, Suhana Cik Jusoh.

Semoga melimpah ruah rezeki Warong Pok Hassan! Anda juga boleh lawati laman Facebook warung ini di sini

Baca: Peniaga Nasi Campur Jual Lauk Harga RM1 Kerana Kasihan Dengan Pekerja Bergaji Rendah

Rm1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.