in

20 Penipuan MLM Popular di Malaysia Anda Perlu Tahu dan Berjaga-jaga

F 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada yang lebih menjengkelkan daripada mendengar seseorang meyakinkan anda tentang MLM yang mereka sertai. Selalunya mereka sendiri tidak menggunakan produk tersebut atau dipaksa menggunakan produk itu atas sebab melibatkan diri di dalam bisnes berkenaan.


Setiap ahli MLM pasti sentiasa mengingatkan anda untuk ‘mencari orang di bawah line‘ anda dan menyuruh anda untuk rekrut sahabat handai serta keluarga.

“Jangan lupa cakap tentang produk setiap hari”, “gunakan media sosial untuk mengiklankan tentangnya setiap hari”, “berikan dorongan kepada downline anda”, “cakap lah tentang kehebatan produk dengan megah”. Ini antara ayat yang sentiasa bermain di bibir ahli MLM. Betul tak?

Pasti kebanyakan daripada anda pernah berhasrat untuk sertai MLM, jadi di sini kami senaraikan penipuan MLM paling popular di Malaysia yang anda perlu tahu. Pendek kata, kalau nampak ianya macam pelik dan mustahil, tipu lah tu.

1. Penipuan Kafe

S1 2

444 2

RM6,000 dikenakan kepada setiap pemegang kad ahli Island Red Cafe dengan menjanjikan pulangan sebanyak 5%. Mereka juga memberitahu bahawa nama ahli akan diletakkan di dalam senarai pemegang saham.

Kedai mamak popular Steven’s Corner pula mengumpul RM3,000 daripada setiap ahli dan menjanjikan pulangan sebanyak RM150 setiap bulan dengan rancangan untuk membuka sebuah kafe francais baru dikenali sebagai Stevens Tea Garden. Mereka juga dikatakan akan membuat anda menandatangani perjanjian yang akan memberi mereka hak untuk TIDAK membayar anda apa-apa pada masa depan.

 

2. Sunshine Empire

S2 2

Syarikat berlesen ini mempunyai pejabat mewah di tingkat bawah Bangunan KUB di Jalan Yap Kwan Seng berdekatan Menara Public Bank serta Ambank.

Sunshine Empire berhenti membayar semula ahli-ahli mereka dan semua pelaburan lesap begitu sahaja. Beberapa portal berita mendedahkan pemilik, pengarah serta pengerusi kumpulan itu yang bernama James Phang telah dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun serta denda sebanyak 60,000 US Dollar kerana pecah amanah. Ramai pelabur ditipu berjuta-juta Singapore Dollar oleh syarikat ini.

 

3. MOBILEWALLET

Mobilewalletnew

Syarikat ini dimiliki oleh 2 lelaki muda, Stanley & Rey Gan dan mempunyai pejabat di Queens Avenue Park. Mereka telah mengumpul berjuta-juta selama beberapa tahun beroperasi. Mereka mendakwa mempunyai perkongsian dengan Telekom, lembaga utiliti pembayaran seperti bil air dan elektrik serta Maybank telah tertipu oleh mereka. Bagaimanapun, mereka akhirnya berhenti membayar ahli-ahli mereka dan mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana terma dan syarat polisi telah diubah dalam diam, yang mereka tandatangani semasa pendaftaran ahli.

 

4. Bisnes Penjualan Air

Sito

Produk air beroksigen dan alkali – Terdiri daripada botol air, penapis atau peralatan. Syarikat SITO (Selangor International Trading Organiszation – mereka mendakwa mempunyai perkongsian bersama kerajaan negeri Selangor) dikenali dengan menjual air “oksigen”.

Pelanggan ditipu bahawa air mereka mempunyai lebih banyak oksigen dan mampu memberi kesan ajaib kepada badan. Disebabkan nama mereka sudah tercemar, SITO dikhabarkan membuat label baru dan merancang untuk memulakan semula perniagaan dengan nama yang berbeza, jadi berhati-hati semua!

 

5. Produk Menjimatkan Penggunaan Bahan Api

Fuel

Penipuan terkenal syarikat MLM yang menjual pil penjimatan petrol. Produk ini menjadi begitu popular sehingga sesetengah kedai runcit menjual pil tersebut. Banyak kereta yang telah menggunakan pil ini kerap dihantar ke bengkel untuk membersihkan sisa-sisa yang menyebabkan kerosakan. Pengguna akhirnya mendapati produk yang kononnya mampu menjimatkan sehingga 20% bahan api ini tidak efektif dan lebih membawa kerosakan kepada kenderaan mereka.

 

6. Produk Minyak Wangi

L

Lampe Berger pernah menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan kolej dengan beratus-ratus mangsa yang mendaftar setiap bulan di Malaysia. Sesetengah ahli/kumpulan malah menggunakan gadis cantik untuk dijadikan tarikan bagi menarik minat lelaki muda.

Produk minyak wangi dari Perancis ini hanyalah botol dan wangian. Namun, pemasaran syarikat di Asia mendakwa bahawa ia adalah produk “aromaterapi”. Selain Lampe Berger, mereka turut menambah produk kecantikan Estebel dan kedua-dua produk ini dikatakan telah ditubuhkan 100 tahun yang lalu di Perancis. Menipu je!

 

7. Produk yang Memberi Tenaga – Loket Batu, Gelang, Tilam dan Bantal

Mereka akan menggunakan pelbagai gimik dan demonstrasi untuk membuat anda percaya pada mereka. Pelbagai helah dan demonstrasi dilakukan untuk membuktikan bahawa produk-produk ini benar-benar menghasilkan tenaga positif. Jika tenaga benar-benar terhasil; adakah ia baik atau cukup kuat untuk membantu badan kita? Adakah produk-produk remeh sebegitu sebenarnya bernilai RM300 hingga RM3000 setiap satu? Selalunya, mereka hanya mengambil kesempatan di atas kuasa kepercayaan seseorang sahaja.

 

8. Produk Berteknologi Tinggi

Produk bio-teknologi dan nano-teknologi ini dikatakan memakan kos berjuta Dollar untuk proses penyelidikan. Mereka akan mengaitkan produk mereka dengan ‘Professor’ dan menggunakan kata-kata seperti ‘U.S.A Formula’, ‘Teknologi Dari Jerman’ atau ‘Tecnologi Nano’ tetapi tidak menerangkan butiran lanjut akan hal itu.

Jika ada yang bertanyakan tentang profil ‘Professor’ itu, atau alamat kilang penyelidikan dilakukan, mereka pasti akan kelentong anda dengan menyatakan ianya adalah ‘rahsia perniagaan’ (supaya mereka tidak perlu untuk mendedahkan maklumat).

 

9. Skim Pelaburan – Swisscash

Swish

Swisscash telah berakhir tetapi terdapat banyak perniagaan yang lebih kurang sama dan lebih kecil yang masih beroperasi. Ramai ahli ditinggalkan tidak dibayar apabila syarikat itu ditutup.

 

10. Produk Tenaga/Komoditi

Perniagaan MLM ini meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini kerana pengetahuan yang semakin meningkat tentang perdagangan Forex. Kebiasaannya, modus operandi adalah untuk mendapatkan individu untuk melabur dalam bentuk emas sebenar atau perak, atau pada zon penuaian tenaga yang tidak boleh diakses secara fizikal dan menjanjikan pulangan tetap selepas setiap sesuatu tempoh. Kemudian, ahli boleh mengembangkan keuntungan mereka dengan merekrut lebih ‘downline’ untuk melabur sama.

 

11. Skim Pusat Kesihatan

Sesetengah syarikat mendakwa mempunyai latar belakang yang berprestij yang memberangsangkan walhal ianya TIDAK benar. Ahli baru diminta untuk membayar sejumlah wang (sehingga RM1000) tanpa apa-apa faedah daripadanya. Apa yang diperolehi hanyalah pas keahlian yang membolehkan anda untuk menikmati pelbagai promosi dan diskaun apabila anda mempunyai pemeriksaan kesihatan di pusat-pusat kesihatan mereka.

Menurut mereka, pemeriksaan seumpamanya akan menelan kos yang lebih tinggi jika dilakukan di tempat lain. Walau bagaimanapun perkara itu tidak benar sama sekali dan hanya mereka yang tidak peka tentang kadar pasaran bagi pemeriksaan kesihatan akan menjadi mangsa penipuan sebegini.

 

12. Penipuan Usahasama Perniagaan Rumpai Laut

Syarikat yang terletak di Taman Maluri, Cheras ini akan meminta anda untuk melabur beberapa ribu ringgit untuk menanam rumpai laut di ladang-ladang mereka di negeri Timur Malaysia dan dijamin akan mendapat pulangan selepas musim menuai.

Bagi menambahkan keyakinan, mereka akan memberitahu bahawa pelaburan anda dijamin oleh “insurans” atau “unit amanah” & “pemegang amanah”. Walau bagaimanapun, apabila ditanya tentang dokumen lanjut sebagai bukti, mereka akan beri pelbagai alasan atau hanya mengabaikan anda kerana ianya tidak wujud sama sekali.

 

13. Gano Excel/I-Touch Life/GEW2u

Gano

Syarikat dari utara ini adalah replika DXN menjual kapsul Lingzhi. Syarikat bernama Gano iTouch ini cuba untuk membuat urusan secara tunai atas skim talian lebih kurang sama dengan e-Cosway selepas syarikat mereka tidak mendapat keuntungan dengan menjual Lingzhi, loket tenaga ‘tidak bernilai’ dan alat air alkali.

Mereka menyediakan pengangkutan percuma untuk prospek setiap hujung minggu dari Kuala Lumpur untuk melawat pejabat mereka di Alor Setar. Pada pertengahan tahun 2009 mereka menukar nama kepada GEW.

 

14. NuLife (HK)

Nu1

Syarikat ini diasaskan oleh beberapa orang dari Hong Kong dan telah bertapak di Malaysia selama lebih 10 tahun. Walau bagaimanapun, perniagaan mereka jatuh di Hong Kong dan Malaysia kerana penipuan produk dan pengurusan yang lemah.

Mereka menggunakan seorang rakyat Amerika, Dr Jeffrey Bland dan mereka cerita bahawa lelaki itu kononnya didapati bersalah dalam penipuan mempromosikan produk merekaSejak itu, perniagaan mereka jatuh namun mereka dikatakan telah memulakan syarikat MLM yang baru di Malaysia.

 

15. Pembiakan Ikan Arowana dan Oora dari Jerman

Penipuan ini berlaku baru-baru ini dimana pihak Arowana Fish akan meminta orang ramai untuk melaburkan wang mereka di dalam pembiakan ikan dan pulangan tetap akan diberikan secara berterusan. Oora dari Jerman memasarkan bio-cip dan alat yang dikatakan akan memberi anda tenaga serta kesan terapi akupuntur, tai-chi serta yoga bergantung kepada bagaimana alat itu dipakai di tubuh anda.

Mereka mendakwa ramai doktor terlibat serta kertas kerja disediakan namun mereka tidak pernah benar-benar menyediakan bukti keberkesanan kajian kes tersebut.

 

16. Easy-Pharmax

Easy

Ini adalah salah satu penipuan MLM terbesar di Malaysia, dimiliki oleh Dato Yeap. Ahli-ahli diperdaya untuk melabur sehingga RM40,000 dengan janji palsu bahawa syarikat itu akan menggunakan e-dagang atau platform jualan dalam talian untuk menguruskan harta mereka dan akhirnya membuat keuntungan luar biasa. Of course, ianya tidak pernah berlaku.

 

17. GRI (Global Royal International)

Pemilik skim ini adalah jutawan yang sama menjalankan syarikat MLM Sunshine Empire, James Phang. Sebelum Sunshine Empire, James turut mengendalikan NOP dan SwissCash. Beliau menjalankan perniagaan ini dari jauh menggunakan ramai wakil dan ketua MLM semenjak passport beliau dipegang oleh kerajaan Singapura yang menghalangnya untuk datang ke Malaysia.

 

18. Program Belajar Bahasa Inggeris Atas Talian – ESL dan Skor A

Skim ini selalunya menyasarkan pelajar sekolah menengah dan universiti di mana ahli diminta untuk membayar RM100 untuk penggunaan pembelajaran atas talian berkenaan selama 2 tahun. Dimulakan oleh seorang lelaki India warganegara Malaysia, Dr Edward, program ini telah bertukar nama sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali semenjak mereka memulakan skim ini kerana sambutan yang kurang menggalakkan serta masalah teknikal di laman web mereka. Keahlian itu tidak memberikan anda apa-apa kecuali bahan-bahan pembelajaran yang diberikan secara atas talian.

 

19. Pakej Percutian dan Ganjaran Daripada Genius Theme

Pakej percutian tersebut dijual dengan harga RM499 hingga RM599 dan anda dijanjikan percutian beberapa malam di Bali atau Thailand. Dimulakan oleh syarikat bernama Max Generation, Genius Theme menjual produk mereka kepada syarikat MLM yang lain termasuk syarikat terkenal, Sen Heng.

Sebelum ini, Sen Heng memberikan pakej itu kepada pelanggan yang membeli produk mereka berharga lebih RM2,000. Rupanya, terdapat kos tersembunyi disebaliknya yang perlu dibayar dan ia sebenarnya bukanlah percuma melainkan anda membayar mereka wang pendahuluan yang lebih mahal. Heh!

 

20. Forex

Siapa je tak tahu tentang Forex kan? MLM Forex ini adalah trend terbaru dalam kalangan anak muda yang bersemangat untuk mendapat wang dengan cepat tanpa usaha yang maksimum. Kebanyakan sasaran anda pelajar sekolah Cina, kolej atau universiti. Mereka menjanjikan sejumlah wang yang besar dalam nilai mata wang USD hanya dengan beberapa sesi dagangan sahaja.

Walaupun ianya benar atau tanpa skim MLM, perdagangan Forex secara amnya mempunyai risiko yang sangat besar dengan modal yang dilaburkan. Sudah menjadi kebiasaan mereka menganjurkan kelas Forex secara percuma, mempromosikan perdagangan yang menjanjikan pulangan wang dengan mudah untuk menarik minat anda.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.