in

Warga Emas Tikam Menantu Sendiri dan Halang Orang Awam Bantu Mangsa

Bg 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pergaduhan di dalam sesebuah keluarga memang tidak dapat dielakkan. Seisi keluarga haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama lain supaya dapat mengelakkan diri dari sebarang perbalahan. Namun, jika kita tidak terapkan nilai itu, nescaya pasti ada kejadian yang tidak diigini akan berlaku.


5 7 E1499763538461
sumber : asiaone

Tengah hari semalam, seorang pemilik kedai A Poke Theory di Boon Tat Street, Singapura telah digemparkan dengan berita bahawa terdapat seorang lelaki sedang mengalami pendarahan teruk di luar kedainya.

Sebaik mendapat tahu, dia segera keluar bersama seorang lagi rakan sekerjanya dan terjumpa seorang lelaki berusia 30-an berlumuran darah terbaring di hadapan restorannya sebelum menghubungi ambulan.

2 16
sumber : stomp

Dipercayai semasa mereka sedang sibuk memberi perhatian pada lelaki tersebut, terdapat seorang lelaki tua memegang sebilah pisau sedang berdiri di hadapan mangsa. Apabila salah seorang pekerja restoran itu cuba membantu mangsa, lelaki tua tersebut menghalangnya.

“Jangan tolong dia, dia menantu saya, biarkan dia mati. Saya sudah tua, saya tidak takut masuk penjara.”

7 8
sumber : straits times

Saksi tempat kejadian mengatakan lelaki tua itu nampak tenang sambil memegang sebilah pisau tajam berukuran 10cm.  Dia kemudian meletakkan pisau tersebut di atas salah satu dulang makanan dan sempat menelefon seseorang sebelum polis tiba di tempat kejadian.

“Saya tidak dapat tidur malam, saya telah lakukannya, saya telah menikamnya, jangan menangis, saya sudah tua dan saya tidak takut masuk penjara atas apa yang saya lakukan.”

1 11 E1499764130647
sumber : stomp

Polis tiba di tempat kejadian kira-kira jam 1.22 petang dan menahan lelaki berusia 69 tahun itu yang akan dihadapkan di mahkamah esok (12 Julai) atas tuduhan membunuh.

4 15
sumber : stomp

Mangsa digegaskan ke Hospital Umum Singapura namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.13 petang semalam.

Entah apa kes la ni sampai sanggup bunuh keluarga!

Baca : Ibu Tikam Anak Lelaki 28 Kali Selepas Terdengar Bisikan Suara Ghaib

1 22 E1499763202614

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.