in

Warga Emas Mengadu Duitnya Dikebas Anak, Netizen Tak Percaya dan Tuduh Ia Taktik Scammer

Pagekala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dahulu lagi banyak kita dengar kisah anak derhaka berlaku di kalangan masyarakat. Anak membiarkan insan yang menjaga mereka sejak kecil di rumah orang tua atau hanya meninggalkan mereka di tepi jalan sudah acapkali kita lihat di kaca televisyen. Namun, kejadian kali ini berlaku di dunia realiti apabila seorang warga emas ditinggalkan anaknya di stesen bas.


Menurut perkongsian seorang pengguna Twitter, individu ini telah memuat naik entri Instagram yang menunjukkan seorang lelaki berjalan berseorangan dengan kapsyen bertulis “Anak-anak zaman sekarang.”

Jaki
sumber: twitter

Melalui gambar tersebut, individu berkenaan menceritakan kisah pertemuannya dengan seorang lelaki yang mendakwa telah ditinggalkan oleh anaknya di tengah-tengah bandar. Individu tersebut memberitahu bahawa warga emas itu meminta pertolongannya untuk mengeluarkan wang di mesin ATM kerana dia mahu ke stesen Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk pulang ke kampung halamannya di Terengganu.

Sewaktu berada di mesin ATM, lelaki tersebut tiba-tiba menangis apabila melihat baki wang RM20 di dalam akaunnya. Individu tersebut yang hairan melihat keadaan orang tua itu terus bertanya apa sebenarnya berlaku.

Qa1
sumber: twitter

Pada asalnya, lelaki malang itu mempunyai wang sebanyak RM1800 di dalam akaunnya pada waktu pagi, tetapi anaknya telah mengambil kad bank miliknya sewaktu mereka berkelahi dan kini wang di dalam akaun tersebut hanya tinggal RM20 sahaja. Alahai! 

Terkesan dengan apa yang menimpa warga emas itu, individu tersebut mempersoalkan kelakuan generasi zaman sekarang yang sanggup menganiaya bapa mereka sendiri. Rata-rata netizen yang membaca entri itu bersimpati dengan nasib lelaki yang mendakwa ditinggalkan oleh anaknya itu.

Pun begitu, ramai juga yang berpendapat lelaki tersebut hanyalah salah seorang scammer jalanan yang mencuba pelbagai taktik untuk memperdayakan orang awam.

Qa2
sumber: twitter
Qa3
sumber: twitter

Namun tidak dapat dipastikan sama ada apa yang dituduh netizen itu betul ataupun tidak kerana sehingga kini tiada bukti yang mengatakan warga emas itu menipu dan tidak ada pula terdengar apa-apa kisah mengenai anak derhakanya itu.

Adalah lebih baik jikalau netizen bersangka baik dan jangan cepat menjatuhkan tuduhan. Mana tahu kalau betul-betul lelaki tu dalam kesusahan? Kan dah dapat dosa sebab kutuk orang yang teraniaya! 

Jika benarlah ada anak yang sanggup meninggalkan bapanya sebegitu rupa tanpa belas kasihan, masyarakat perlu fikir-fikirkan semula di mana silapnya didikan dan ajaran kita sehingga melahirkan manusia tak berperikemanusiaan seperti itu. Pun begitu, kita perlu sentiasa berhati-hati jika itu hanyalah taktik scammer jalanan!

Baca: “Mereka akan paksa you bayar, minimum RM20..” – Lelaki Kongsi Pengalaman Ditipu Scammer Isi Borang Survey

Sjalsj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.