in

Warga Emas Hadiahkan Telefon Bimbit dan Wang Kepada Budak 9 Tahun Untuk Tutup Perbuatan Cabul

Dd5B997D42D79E050D53Dfe0E616A130 Xl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga! Meskipun sudah melakukan pelbagai cara untuk menutup kesalahan yang dilakukan, lambat laun ia terbongkar dengan juga.


Hal ini bolehlah disamakan seperti kejadian yang berlaku di Pulo Gadong, Jakarta Timur ini. Seorang warga emas telah menghadiahkan telefon bimbit dan wang kepada kanak-kanak perempuan demi untuk menutup jenayah yang telah dilakukannya, lapor Malaysian Digest.

Insiden tidak bermoral yang dilakukan Tarmo, 57, ke atas mangsa yang berusia 9 tahun ini mula terbongkar apabila pengasuh mangsa mula mengesan perubahan sikap kanak-kanak tersebut dari periang kepada seorang yang pendiam.

Ini Kronologi Pencabulan Putri Tokoh Riau Oleh Gubernur Annas
gambar hiasan

Malah pengasuh mangsa yang dikenali sebagai Rinawati, 28, ini juga mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada diri mangsa apabila dia kelihatan sangat murung dan seakan-akan menghadapi tekanan yang berat, selain menemui tompokan darah pada seluar mangsa.

Tanda Habis Haid 2
gambar hiasan

Oleh itu, Rinawati telah bercadang untuk mengintip mangsa yang sering ke rumah suspek kerana diajak oleh warga emas tersebut.

Pada jam kira-kira 6.30 petang, Jumaat lalu, pengasuh mangsa telah ke rumah suspek ketika mangsa dipercayai berada di dalam rumah tersebut. Dia telah memanggil nama mangsa berkali-kali, namun panggilannya tidak disahut oleh kanak-kanak berkenaan.

Beberapa minit kemudian Tarmo keluar dari rumahnya dan memaklumkan mangsa tiada bersamanya. Namun ternyata apa yang diberitahu suspek itu hanyalah penipuan semata-mata apabila beberapa jam kemudian kanak-kanak tersebut dilihat keluar dari pintu belakang rumahnya.

Cabul2
gambar hiasan

Sebaik sahaja keluar, Rinawati dan penduduk kampung terus menyoal siasat mangsa dan kanak-kanak tersebut mengaku menjadi mangsa gangguan seksual suspek kerana sering diraba. Gatalnya pakcik tua ni!

Mangsa juga dalam pada masa yang sama mengaku suspek pernah memberikannya wang selepas selesai melakukan perlakuan terkutuk itu, selain dari membelikannya telefon bimbit untuk menutup mulut mangsa dari menceritakan hal sebenar kepada orang lain.

Pengasuh mangsa dan penduduk kampung kemudian membuat laporan polis atas kejadian yang menimpa kanak-kanak malang tersebut. Menurut Rinawati lagi, suspek mudah mengambil kesempatan ke atas mangsa kerana ibu mangsa sudah lama meninggal dunia dan bapanya pula jarang berada di rumah. Hanya dia saja yang sering menjenguk kanak-kanak tersebut untuk mencuci pakaian mangsa.

Kasihan… Semoga mangsa pulih dari trauma yang dihadapinya dan suspek mendapat hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

Baca: Warga Emas Korek Kemaluan Kanak-Kanak Berusia Enam Tahun di Tempat Awam di Kuala Terengganu

Cabul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.