in

Warga Emas Dipukul Teruk dan Dirompak Ketika Berjalan Kaki di Pulau Pinang

Three Elderly Folks Brutally Beaten Up And Robbed When Going For Morning Walk World Of Buzz 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Warga Emas Dipukul Teruk dan Dirompak Ketika Berjalan Kaki di Pulau Pinang
Loading
/

Adakah kerana tekanan kewangan ataupun masyarakat kita memang sudah hilang nilai perikemanusiaan sehinggakan jenayah makin menjadi-jadi? Tak kiralah wanita, budak kecil atau orang tua, semuanya boleh menjadi mangsa kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini.


Pada Isnin lalu (27 November), tiga orang warga emas telah dirompak seutas rantai dan dipukul dengan ganas ketika mereka sedang berjalan-jalan di waktu pagi dekat Taman Tambun Indah, Pulau Pinang, lapor WORLD OF BUZZ.

Apa yang lebih menyedihkan ialah warga emas ini berusia antara 66 dan 78 tahun. Kasihan sungguh apabila mereka diperlakukan tanpa belas kasihan oleh penjenayah tersebut!

Three Elderly Folks Brutally Beaten Up And Robbed When Going For Morning Walk World Of Buzz
sumber: wob

Ketika kejadian berkenaan berlaku, ketiga-tiga mangsa dikatakan sedang berjalan di kawasan perumahan mereka sebelum sebuah kereta Proton Wira datang mendekati. Dua lelaki kemudian keluar daripada kenderaan tersebut, manakala seorang lagi sedang memandu di dalam.

Tidak sedap hati dengan apa yang berlaku, mangsa kemudian berlari untuk menyelamatkan diri. Namun disebabkan faktor usia, mereka terjatuh ke atas jalan dan cedera di bahagian lutut. Alahai! 

Screen Shot 2017 11 28 At 7.05.59 Pm
sumber: wob
Screen Shot 2017 11 28 At 7.06.07 Pm
sumber: wob

Meskipun payah, salah seorang daripada wanita tua itu cuba bangun sebelum ditolak kasar oleh perompak tadi ke atas jalan semula. Dia kemudian bergelut dengan dua perompak yang bertindak kasar dan memukulnya menggunakan kayu. Eh gila ke apa ni? 

Berikut rakaman CCTV daripada kejadian tersebut:

Ketika disoal wartawan, mangsa kemudian memberitahu bahawa dia menyangka perompak-perompak itu ingin menculiknya, oleh sebab itulah dia bergelut dengan mereka untuk mengelakkan dirinya ditarik masuk ke dalam kereta. Aduh kesiannya…

Kesan daripada pergelutan itu, mangsa telah cedera dan lebam-lebam di bahagian tapak tangan, lutut dan mata kanannya. Sehingga kini, mangsa tidak mampu mengangkat tangan kanan dan lebih menyedihkan, dia tidak mampu mendaki tangga.

Screen Shot 2017 11 28 At 7.05.52 Pm
sumber: wob

Rutin berjalan kaki pada waktu pagi di kawasan kediaman mereka ini telah menjadi kebiasaan sejak lima tahun lalu dan inilah kali pertama warga emas itu diserang oleh perompak tersebut.

Sungguhpun hal menakutkan itu telah berlaku, mangsa-mangsa ini akan tetap meneruskan rutin pagi mereka seperti biasa cuma akan memilih laluan yang lebih ramai orang daripada kebiasaannya. Ketiga-tiga mangsa juga difahamkan telah membuat laporan polis berikutan insiden tersebut.

Kasihan dengar berita orang tua diserang dengan kejam macam ni. Kenapalah sampai nak pukul-pukul? Mereka ni bukannya kuat sangat pun. Semoga polis dapat banteras jenayah ini secepat mungkin. 

Baca: Wanita Cedera Parah Dirompak Warga Asing Ketika Berjogging di Georgetown

Rompak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.