in

Warga Emas Dikurung dan Dibiarkan Dalam Keadaan Berlumuran Najis Oleh Anak, Rupa-rupanya…

Warga Emas Kurung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang sanggup melihat seorang warga emas terkurung di sebuah rumah dalam keadaan tidak terurus? Namun apabila anda mengetahui cerita disebalik perkara ini berlaku, anda pasti terkejut!


Pada 4 Oktober, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bersama Adun Teruntum, Sim Chang Siong telah menyelamatkan seorang warga emas berusia 80 tahun yang ditemui terkurung di rumahnya sendiri pada jam 2 petang, lapor Sinar Harian.

Image 1
sumber: sinar harian

Warga emas yang dikenali sebagai Tang Ngad itu dipercayai telah dikurung sejak Isnin lalu dan berada dalam keadaan tidak terurus. Dia ditemui berbogel dan badannya dipenuhi dengan najis termasuklah di setiap pelosok rumah tersebut.

Pada awalnya, warga emas tersebut dipercayai telah dikurung oleh anaknya apabila jiran tetangga memaklumkan bahawa mereka melihat dua orang anaknya mengunci pintu pagar rumah tanpa sebab yang diketahui.

Lelaki tua itu juga difahamkan baru pulang dari dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sejak minggu lalu. Mungkin ramai yang menyangka tindakan anak-anak lelaki tersebut kejam. Tapi tunggu dulu, jangan cepat menghukum! 

Image 2
sumber: utusan online

Hari ini, dua orang anak kepada lelaki warga emas tersebut tampil mengaku bersalah akan tindakan mengunci bapa mereka sendiri di dalam rumah.

Kedua-duanya mendakwa mereka terlebih dahulu dihalau keluar dan dimarahi lelaki tersebut hingga terpaksa keluar meninggalkan mangsa seorang diri di rumah. Laa biar betul??

Malah warga emas itu juga didakwa sering mengamuk dan berbogel sesuka hati sehingga anak perempuan mereka mengalami kesukaran untuk berhadapan dengan datuknya sendiri.

“Sebelum ini, mereka juga pernah menghantarnya ke rumah orang tua namun hanya sementara kerana terpaksa dibawa keluar ekoran timbul beberapa masalah di situ,” kata Sim Chong Siang, Adun Teruntum.

Image
sumber: sinar harian

Tindakan mengunci jeriji rumah tersebut pula dilakukan anak-anak warga emas itu untuk mengelakkan pencuri memecah masuk rumah dan mengelak dari masalah sampingan lain dari berlaku.

Walau bagaimanapun, mereka mendakwa telah pulang ke rumah berkenaan kira-kira jam 5 petang kelmarin untuk memberi makanan dan kuih bulan kepada bapa mereka, namun mendapati lelaki tersebut sudah tiada di rumah.

Mereka kemudian dimaklumkan pihak polis bahawa bapa mereka kini berada di HTAA untuk rawatan lanjut. Kedua-duanya juga bercadang untuk menghantar lelaki tersebut ke rumah orang tua yang sudi menerima bapa mereka supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Menurut Sim, dia juga telah menarik laporan polis terhadap kedua-dua anak mangsa kerana mereka datang untuk bertanggungjawab terhadap bapa mereka.

Ingatlah jasa ibu bapa yang menjaga kita sejak dari kecil. Kurung dan biarkan mereka sendiri di rumah mungkin bukan jalan terbaik walaupun ia dilakukan atas sebab tertentu. 

Baca: Warga Emas Dikurung di Kandang Babi Oleh Anak Lelaki dan Menantu

Baca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.