in

Warga Emas Bunuh Anak Kandung OKU, Namun Mahkamah Beri Ihsan Kurangkan Hukuman Kerana…

Ibu3 E1509614540596

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kasih sayang ibu pada seorang anak memang tiada batasnya. Namun kerana terlalu sayang, seorang ibu dari selatan China sanggup membunuh anaknya yang berstatus OKU.


Menurut Shanghaiist, warga emas yang berusia 83 tahun bernama Huang itu telah disabitkan kesalahan membunuh anak kandung lelakinya, Li yang berusia 46 tahun. Walaubagaimanapun, jenayah yang telah dilakukan oleh Huang itu telah diberikan pertimbangan oleh pihak mahkamah.

Ibu2
sumber: shanghaiist

Anak lelaki Huang bukanlah dilahirkan normal seperti orang lain. Li dilahirkan tidak cukup bulan dengan kecacatan mental serta fizikal yang teruk. Jadi, dia tidak dapat bercakap atau berjalan menyebabkannya perlu diberikan lebih perhatian oleh ibu bapa.

Ini ternyata apabila anak sulung Huang memberikan keterangan di mahkamah bahawa ibunya nekad berhenti kerja sewaktu Li berusia 10 tahun untuk menjaga Li sepenuh masa. Huang menyatakan bahawa dia tidak pernah berputus asa untuk menjaga anaknya, tetapi kesihatan dirinya yang semakin merosot menyebabkan dia mengambil keputusan drastik untuk membunuh anaknya.

Ibu3
sumber: shanghaiist

Pada pendengaran kes 9 Mei 2017, Huang mendedahkan bahawa dia telah menyuap lebih kurang 60 biji pil tidur kepada anak lelakinya, menjerutnya dengan tudung sutera, dan menekap hidungnya dengan kapas bagi memastikan anaknya betul-betul mati. Dia kemudiannya menyerah diri kepada polis selepas melakukan jenayah tersebut dan Huang mengaku membunuh anaknya pada perbicaraan bertarikh 21 September 2017 kerana khuatir dia dijemput ajal sebelum Li.

Huang memberitahu bahawa dia mendapat idea untuk membunuh anak seminggu sebelum kejadian kerana tidak sanggup membebankan orang lain untuk menjaga anaknya sekiranya dia meninggal dunia. Huang juga ada menyebut bahawa dia sanggup membunuh dari membiarkan anak lelakinya di bawah jagaan orang lain, termasuklah abang Li sendiri.

Ibu4
sumber: shanghaiist

Huang yang disabitkan kesalahan membunuh anak lelakinya menerima hukuman penjara tiga tahun, tetapi mahkamah telah memberikan penangguhan pelaksanaan hukuman selama 4 tahun dari sekarang kerana alasan yang diberikan olehnya.

Kasih ibu membawa ke syurga, tetapi jangan sampai berbunuhan.

Baca: Ibu Cekik Anak Autisme Hingga Mati Kerana Tidak Larat Menjaganya

Ankautism

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.